Pengasas AirAsia dan bekas CEO Capital A, Tan Sri Tony Fernandes menyimpan harapan tersendiri untuk bola sepak Malaysia.

Tony baru sahaja tampil dalam kejohanan Liga X 7v7 All Stars yang mana beliau menjadi pengurus bagi pasukan Harimau.

Baca Juga:

Beliau juga turun dalam beberapa perlawanan bersama pasukan Harimau yang turut diperkuatkan oleh Safee Sali dan Safiq Rahim.

Tony Fernandes
Team Harimau

Tony Fernandes Mahu Kembali Ke Kancah Liga Malaysia

Menginjak umur 60 tahun, taikun itu menyimpan hasrat untuk kembali terlibat dalam arena bola sepak tempatan.

“Saya suka bola sepak. Saya berusia 60 tahun dan saya masih bermain dan menendang bola. Jika mereka mahukan saya, saya boleh bantu.

“Saya tidak pernah ditawarkan sebarang jawatan dalam FAM atau di mana-mana, kan? Mungkin saya terlalu kontroversi atau terlalu banyak bercakap.

Tony Fernandes
Sumber Gambar: Mirror.co.uk

“Tetapi 100 peratus (atas tawaran untuk menyertai FAM), saya mahu melihat bola sepak kita kembali pada tahap terbaik.”

Tony Fernandes bukanlah satu nama yang asing dalam arena bola sepak.

Beliau pernah menjadi pemilik bersama kelab England iaitu Queens Park Rangers (QPR) yang pernah beraksi di EPL.

Beliau juga pernah memiliki kelab PJ Rangers, sebelum ini dikenali sebagai AirAsia Allstars, pada 2014-2018.

Tony Fernandes
Sumber Gambar: Planet Sport

Dengan peralihan kepimpinan AirAsia dan Capital A semakin stabil, Tony mahu menghidupkan semula dua perkara yang dekat di hatinya – sukan dan impak sosial.

“Saya mahu membina sekolah dan hospital kos rendah. Tetapi jika ada satu lagi projek yang boleh saya lakukan dengan sepenuh hati saya, ia menghidupkan semula bola sepak Malaysia,” tambahnya.