Seorang pemandu Perodua Kelisa mengundang kemarahan netizen apabila membuat gangguan seksual selepas tidak mahu mengalihkan kenderaan.
Dalam video yang dikongsikan semula oleh Twitter @MALAYSIAVIRALLL seorang pemandu Perodua Ativa merakam sebuah kereta Kelisa berada di belakangnya dan enggan berganjak walaupun sudah diminta alihkan kenderaan dengan cara baik.
Baca Juga:
- Wanita Kanada Kongsi Pengalaman Buruk Kena Gangguan Seksual Di Kuala Lumpur
- Kerana Gayakan Tudung Warna Hijau, Gadis Ini Jadi Mangsa Gangguan Seksual Segelintir Pengguna TikTok
- Pemandu Van Sekolah Didakwa Lakukan Gangguan Seksual Ditampar Bapa Murid, Ditahan Polis
— MALAYSIA MOST VIRAL (@MALAYSIAVIRALLL) April 11, 2023
Ketika wanita tersebut merakam tingkah laku pemandu Kelisa itu, dia segera bercakap dan mula membuat gangguan seksual melalui perbualan telefon.
Orang ramai marah melihat video itu, pemandu kelisa terbabit bukan sahaja mengganggu lalu-lintas, pada masa sama turut merendahkan maruah wanita seperti dirakam dalam video berkenaan.
Harap dia ditangkap didakwa dan menghabiskan masa di lokap. memalukan dunia. Jadi maaf kepada wanita itu kerana terdedah kepada perkara ini. #viralvideo #malaysia https://t.co/4lmmvom05T
— Zakri Ng 🇲🇾 (@zakri_ng) April 11, 2023
Boleh aje alihkan kete masuk parking tepi tu. Amende nak park blakang kete org jugak. Hadow. Dr membazir call kenkwn yg xleh tlg bwk kete tu, boleh je ko gerak supaya akak tu boleh keluar. Amendeeeeee https://t.co/CvWuqDhXZs
— PrincesSA (@sashaalhalim) April 11, 2023
Ada unsur ugutan jenayah kat situ Seksyen 506KK, ugutan jenayah. @PDRMsia tlg bertindak https://t.co/m6pEHzAIBn
— Orenji オレンジ Kementerian Kamen Rider Malaysia (@OrenjiRenOren) April 11, 2023
Dalam satu video lain, beberapa orang awam berhampiran memberi bantuan dan meminta pemandu Kelisa meletakkan kereta di tempat lain.
Bagaimanapun kedengaran pemandu Kelisa itu menghadapi kesukaran untuk mengubah kenderaannya. Orang ramai tidak menolak pendapat pemandu lelaki itu mabuk ketika kejadian itu berlaku.
Orang ramai meminta pihak polis mengesan pemandu Kelisa itu dan mengenakan tindakan tegas terhadapnya.