Malam itu aku terima panggilan telefon daripada ibu. ”Nurul, cuba tengok adik awak dekat rumah ni, dia asyik berjaga malam. Kejap-kejap duk intai luar tingkap, lepas tu asyik pegang kayu di tangan. Katanya ada orang nak apa-apakan dia.” Aku bergegas pulang ke rumah dari tempat kerja.
Sampai sahaja di rumah, aku membuka pintu. Di situ aku nampak adik aku sedang duduk di tepi tingkap. Tangannya menggeletar. Aku nampak kerisauan di matanya, badannya lesu, matanya merah. Tangan erat memegang kayu sepanjang setengah meter.
Cuak pula aku tengok keadaan adik aku ni. Macam tak sedar diri. Takut pula aku dihentak dengan kayu tu. Ahh tak mungkin, adik aku walaupun agresif dia seorang yang penyayang. Tak mungkin dia sakiti ahli keluarga sendiri.
Aku kuatkan diri mendekatinya. Perlahan-lahan aku duduk di sebelahnya.
“Adik. Kenapa ni? Cuba cerita dengan akak.” Matanya tajam memandang ke arah ku.
“Adik risau, ada orang nak apa-apakan adik. Akak pergilah tidur dulu, biar adik jaga tepi tingkap ni.” Aku bertanya lagi, “Kenapa? Siapa yang nak apa-apakan adik?”
Balasnya, “Tak tahulah siapa. Tapi dia asyik perhatikan adik. Adik tak buat salah pun, mereka yang salah. Mereka cemburu dengan adik.” Aku kehairanan. Aku cuba gali lagi. “Kenapa mereka cemburu dengan adik?”
Kemudian dia memberi jawapan yang aku tak boleh lupa. Kata adik aku.. “Mereka cemburu sebab… Sebab adik dah jadi Imam Mahdi.” Seperti yang aku suspek, adik aku sedang mengalami PSIKOSIS!
Psikosis merupakan gangguan mental yang menyebabkan ketidakmampuan seseorang menilai realiti dengan fantasi dirinya. Aku borak panjang lagi dengan dia. Makin kuat tanggapan aku, memang dia mengalami psikosis.
2 jam kami sekeluarga memujuknya untuk ke hospital. Sampai sahaja ke hospital doktor membuat saringan air kencing, ternyata dia positif dadah. Dia mengalami ‘Drug Induced Psychosis’ ataupun kecelaruan otak yang disebabkan pengambilan dadah.
Benarlah, gejala salahguna dadah sudah parah di negara kita. Dianggarkan 4% daripada rakyat Malaysia terlibat dengan ketagihan dadah dan peratusannya meningkat saban tahun.
Berdasarkan kajian Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) seramai 131,841 penagih dadah dikesan dalam negara sejak Januari 2010 hingga Februari 2016. Dan masih ramai lagi yang belum dikesan.
Dulu bila kita sebut tentang ketagihan dadah. Terbayang di minda kita, penagih ni golongan yang tiada masa depan, tidur di kaki lima, khayal, lentok je, otak lembab, kena HIV kemudian meninggal.
Sekarang tidak lagi.
Jika anda lihat ke pusat- pusat pemulihan private ternyata dadah sekarang melibatkan golongan professional, doktor, pilot, businessman, VVIP dan sebagainya.
Jika dulu trend dadah ‘DOWNERS’ – ini kategori dadah jenis opiod yang menenangkan dan melembabkan otak. Inilah jenis dadah geng-geng hippies dan sebagainya sebelum era 90 an.
Sekarang trend dadah yang di target ke golongan professional, dadah jenis ‘UPPERS’, dadah yang mengaktifkan otak. Ambil meth tak tidur 2-3 hari. Ambil untuk belajar, ambil untuk kerja. Businessman pun ambil nak close deal, bila ambil otak ligat, nak close deal pantas je.
Tanpa mereka sedari dah ketagihan. Dan lebih payah lagi, golongan professional ini susah untuk mengaku yang mereka sudah ketagih. Bila ditanya, katanya hidup mereka biasa. Mereka boleh berhenti bila-bila mereka mahu. Tapi sebenarnya mereka tak pernah dapat berhenti mengambil dadah dalam tempoh yang lama.
Antara kesan pengambilan dadah (meth and amphetmine) termasuklah:
1. Resah berpanjagan
2. Agressif
3. Hilang daya ingatan
4. Psikosis (mendengar suara, bunyi,melihat kelibat, kepercayaan yang pelik-pelik)
5. Stroke
6. Mati
Amat penting untuk kita ketahui jenis-jenis dadah. Awasi anak-anak, suami isteri dan ahli keluarga dari salahguna dadah.
Boleh lihat antara jenis-jenis dadah di gambar di bawah:
1. Amfetamin
Amfetamin merupakn stimulan sintetik buatan manusia. Pada masa ini tidak ada ubat yang mengandungi amfetamin yang didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah. Dadah perangsang jenis amfetamin seperti methamphetamine (ice/syabu) dan ‘Methylenedioxy methamphetamine’ adalah dadah yang sangat berbahaya.
Cara mengunakan : Menelan, menyuntik, menghisap, menyedut (‘chasing the dragon’).
2. Syabu / Ice
Ianya berbentuk kaca pecah dan kadangkala berbentuk seperti tawas.
Alat untuk ‘chasing the dragon’.
3. Tablet yang mengandungi MDMA (Pil Ecstasy)
‘Methylenedioxy-methamphetamine’ (MDMA) merupakan analo meskalin dan amfetamin. Ia dipanggil “feel good drug” dan boleh meningkatkan daya tahan pengguna. Pil MDMA seringkali dibentuk dengan ikon atau logo bagi memenuhi cita rasa pengguna muda.
Cara Menggunakan : Menelan
Nama Jalanan : Ecstasy, XTC
4. Serbuk Kokain
Cara Menggunakan : Menyuntik, menghidu, menghisap
Nama Jalanan : Coke, Crack, Snow, Flake
Kokain ‘Freebase’ adalah bes kokain yang bebas daripada segala campuran dan dihisap dalam bentuk tulen dengan menggunakan paip khas. Kokain ‘Crack’ adalah campuran kokain dengan serbuk penaik dan berbentuk ‘granusles’.
‘Crack’ mempunyai ketulenan sehingga 90% dan sangat berbahaya kerana ia boleh menyebabkan ketagihan teruk dalam masa yang singkat. Di atas adalah gambar bagaimana penagih kokain mengambil balang terlarang ini dengan cara menyedut dengan hidung.
5. Heroin
Heroin adalah dadah jalanan yang paling kerap disalahguna oleh penagih dadah di Malaysia. Heroin dalam bentuk tulen adalah serbuk putih pahit yang merupakan produk yang terhasil daripada pemprosesan morfin. Heroin mempunyai kekuatan berkali-kali ganda morfin.
Cara Menggunakan : Menyuntik, menghidu, menghisap
Nama Jalanan : Fit, Fun, tepung, cik putih, barang, Penang Pink.
6. Morfin
Adalah sejenis alkaloid yang diperolehi setelah diproses daripada candu mentah. Dalam pasaran gelap ia selalunya dikenali sebagai morfin mentah, bes morfin, morfin sulfat atau morfin hidroklorik.
Cara Mengunakan : Menelan, menyuntik
Nama Jalanan : M, White Powder, Monkey, Morpho
Pil-pil morfin mengandungi morfin sulfat / morfin hidroklorid.
Pil kecil berwarna putih / coklat pucat.
7. Erimin-5
Sejenis sedatif yang kerap disalahgunakan oleh mereka yang menyalahguna ‘club drugs’ untuk membantu mereka kembali ke kehidupan rutin. Penagih heroin juga menganggap ‘erimin-5’ sebagai pengganti heroin apabila harga pasaran haram heroin tinggi.
‘Rohypnol’ sejenis sedatif yang sangat kuat kesannya sehingga ia kerap disalahguna di kelab malam bukan sahaja sebagai ‘club drugs’, bahkan juga sebagai ‘rape drugs’ oleh perogol.