Sudah menjadi kewajipan buat orang ramai untuk mempunyai dana kecemasan walaupun dalam jumlah yang sedikit. Dana kecemasan ini sepatutnya digunakan sekiranya berlaku situasi yang tidak dijangka khususnya melibatkan kesihatan atau kemalangan.

Dalam pada itu, laporan daripada Bank Negara Malaysia (BNM) menyatakan sebaliknya apabila hampir separuh rakyat Malaysia sukar untuk menyediakan dana sebanyak RM1,000 bagi tujuan tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Gabenor BNM, Abdul Rasheed Ghaffour

Menurut gabenor BNM, Abdul Rasheed, kegagalan menyimpan dana kecemasan ini tidak hanya berlaku kepada golongan B40 sebaliknya terdapat golongan M40 yang juga turut berdepan kesukaran untuk menyimpan berikutan beban hutang meskipun menerima pendapatan yang seimbang.

Menerusi tinjauan BNM yang dijalankan sejak tahun 2015, meskipun tahap pengetahuan dan kesedaran mengenai kewangan semakin meningkat, langkah untuk menyimpan dana kecemasan masih lagi rendah. Selain itu, satu daripada tiga rakyat Malaysia tidak berminat dengan faedah yang ditawarkan insurans dan takaful.