Sebelum ini, pelakon Raja Afiq pernah memuat naik gambar di media sosial yang memaparkan dirinya meminta tawaran berlakon dan ada spekulasi mengatakan bahawa dia mengalami masalah kewangan ketika itu.

Terbaharu dalam satu temu bual, Afiq mendedahkan bahawa dia kini sudah memiliki pekerjaan tetap sebagai pekerja am di sebuah syarikat perbankan selepas tiada tawaran berlakon sejak awal tahun.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

Tambahnya, dia tidak malu dengan pekerjaannya itu. Demi kelansungan hidup dan mahu mencari nafkah untuk keluarganya, dia sanggup mengenepikan statusnya sebagai pelakon.

“Hidup ini perlu diteruskan dan saya bukanlah jenis goyang kaki, saya berniaga dan sekarang sudah ada kerja tetap di sebuah bank.

“Akan tetapi, rindu berlakon dan harap ada peluang ditawarkan untuk berlakon lagi.” ujar Raja Afiq

Walaupun hasil pendapatan kini tidaklah sebanyak ketika menjadi pelakon tetapi dia masih bersyukur kerana mempunyai hasil pendapatan tetap.