Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Hans Isaac mengajak para penyokong bola sepak tempatan hadir beramai-ramai di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) bagi menyaksikan perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026, Malaysia menentang Kyrgyzstan menerusi tayangan skrin besar malam esok.

Tayangan Skrin Besar ini disediakan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk mengalakkan orang ramai memberikan sokongan padu kepada skuad kendalian Kim Pan-gon itu.

Baca Juga:

Inisiatif ini dilakukan oleh pihak kerajaan apabila terdapat perlawanan-perlawanan antarabangsa melibatkan pasukan negara terutamanya sukan bola sepak.

Hans Isaac Ajak Penyokong Tonton Aksi Harimau Malaya Di Skrin Besar SNBJ

Selain SNBJ, KBS bersama Jabatan Belia Dan Sukan Negara (JSBN) turut menyediakan tayangan ‘Big Screen’ (skrin besar) di beberapa lokasi terpilih seluruh negara.

Perlawanan berlangsung di Stadium Spartak, Kyrgyzstan dan sepak mula pada jam 11.00 malam waktu Malaysia.

Ini senarai lokasi tayangan skrin besar yang disediakan oleh pihak KBS:

  1. Kuala Lumpur: Dataran Merdeka
  2. Selangor: Stadium Kajang
  3. Putrajaya: Dataran Putrajaya, Presint 3
  4. Perlis: Dataran Dato’ Sheikh Ahmad
  5. Kedah: Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah, Alor Setar
  6. Johor: Ngepot Kabin, Kluang
  7. Penang: Dewan Futsal MPKK, Sungai Bakap
  8. Perak: Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru Jaya
  9. Negeri Sembilan: Kompleks Belia dan Sukan N. Sembilan, Paroi
  10. Melaka: UiTM Cawangan Bandaraya Melaka
  11. Kelantan: Dataran Bandaraya, Kota Bharu
  12. Terengganu: Kompleks Paya Bunga Sentral, K. Terengganu
  13. Pahang: Padang Majlis Bandaraya Kuantan 1
  14. Sarawak: Dataran Perayaan, Kuching
  15. Sabah: Dataran Uptown Belia, Beufort
  16. Labuan: Kompleks Belia dan Sukan, Labuan

Hans Isaac Ajak Penyokong Tonton Aksi Harimau Malaya Di Skrin Besar SNBJ

Kemenangan  ke atas Kyrgyzstan amat penting bagi mencerahkan peluang mendapatkan tiket automatik layak ke Piala Asia 2027 serta mara ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026.