Peminat bola sepak tanah air membanjiri laman media sosial Instagram milik Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Hans Issac selepas melihat keadaan semasa padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) hari ini berkongsi keadaan terkini padang SNBJ di laman media sosialnya dengan kapsyen yang dituju kepada Hans Isaac.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Selepas melihat perkongsian TMJ, peminat terus membanjiri laman Instagram Hans dengan meminta beliau agar bertangunggjawab ekoran padang yang ditaman dengan rumput Zeon Zoysia itu terjejas di beberapa bahagian.

Stadium Nasional akan dipakai untuk perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 antara Terengganu menentang JDT pada 8 Disember ini dan peminat mula mempersoalkan sama ada padang sudah bersedia untuk digunakan atau sebaliknya.

SNBJ Hans Issac
Sumber Gambar: Instagram Hans Issac

Sebelum ini, SNBJ digunakan sebagai venue artis terkemuka dunia iaitu Coldplay dan TMJ terus berkongsi keadaan padang sehari selepas digunakan untuk tujuan konsert tersebut.

PSM kemudiannya memberi jaminan keadaan padang akan kembali pulih dan dapat digunakan untuk perlawanan akhir Piala Malaysia 2023.

Padang SNBJ pernah dikritik hebat apabila ada bahagian yang tercabut ketika aksi Harimau Malaya menentang India dan Tajikistan dalam kejohanan Pestabola Merdeka 2023 yang berlangsung pada bulan lalu.

Namun, keadaan padang kembali ke tahap terbaik pada aksi pertama kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 yang menyaksikan Malaysia mempamerkan kebangkitan sekaligus berjaya menumbangkan Krygyzstan 4-3.