Pengurus baharu Barcelona, Hansi Flick telah menerapkan satu peraturan baharu yang mana semua pemain wajib untuk menjalani ujian pergigian setiap kali ada ujian kesihatan yang dijalani.

Peraturan ini pada mulanya dianggap pelik namun terdapat sebab kukuh mengapa Flick mahu semua pemain menjalani ujian tersebut kerana ianya ada kaitan dengan keadaan fizikal pemain.

Baca Juga:

Biasanya ujian kesihatan yang dijalankan pada awal musim terdiri daripada ujian kaki, kardiologi, darah, air kencing, dan ujian ukuran badan tetapi Flick telah menambah ujian pergigian pada set pemeriksaan.

Langkah ini diambil kerana Hansi Flick dan pasukannya percaya kesihatan pergigian boleh memberi kesan besar kepada kesihatan pemain. Jurnal Perubatan Sukan British mengatakan bahawa hampir empat daripada lima pemain bola sepak Britain mengalami keradangan gusi yang boleh menyebabkan sakit, dan gigi yang salah.

Perkara ini boleh menyebabkan penghadaman yang tidak sempurna kerana ketidakupayaan untuk mengunyah dengan berkesan, yang seterusnya menjejaskan otot dan pengekalan nutrien pemain.

Sebelum ini, bintang Bayern Munich iaitu Jamal Musiala mengambil keputusan untuk mencabut wisdom tooth kerana dianggap menjadi punca utama beliau sering mengalami kecederaan otot sekaligus menyebabkan beliau terlepas perlawanan.

Selain Musiala, legenda Bayern iaitu Arjen Robben turut mencabut salah satu giginya kerana sering menjadi punca pemain itu mengalami kecederaan semasa aktif bermain.

Ketika ini Hansi Flick hanya mempunyai sembilan pemain pasukan utama yang sudah mula menjalani latihan. Pemain lain masih lagi bercuti, terlibat dalam tugasan antarabangsa dan kecederaan, dan telah mengisi skuad dengan pemain muda dan pemain Barca Atletic.

Cerita seperti ini kadangkala sukar untuk difahami. Walau bagaimanapun, ia sesuai dengan langkah perincian mengenai kecergasan dan kesihatan pemain yang mana Barcelona berminat untuk memperbaikinya.