Menerusi kempen Furever Friends yang sedang berlangsung, SAYS mengajak rakyat Malaysia untuk berkongsi gambar haiwan
kesayangan mereka, dan gambar-gambar terpilih berpeluang dipaparkan di platform SAYS, media sosial, dan papan iklan digital di sekitar Kuala Lumpur.
Kempen ini berlangsung hingga 30 September dan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kebajikan haiwan serta menggalakkan budaya prihatin, kasih sayang, dan pemilikan haiwan secara bertanggungjawab.

Ia dianjurkan oleh SAYS dengan kerjasama JUICE, Fly FM, dan Lumi News, serta disokong oleh organisasi kebajikan haiwan terkenal seperti A Dog’s Life, PAWS, SPCA Selangor, dan TNRM Malaysia.
Dengan jumlah kes penderaan haiwan yang semakin membimbangkan, Furever Friends ingin mengingatkan masyarakat bahawa setiap haiwan berhak untuk
disayangi, dilindungi, dan dihormati, tidak kira sama ada mereka tinggal di rumah, pusat perlindungan, ataupun di jalanan.
Tonjolkan Si Comel Anda!

Dalam fasa terbaru kempen ini, rakyat Malaysia diajak menghantar gambar haiwan peliharaan mereka, sama ada bersayap, bersisik, berbulu lebat, atau eksotik, bersama kapsyen ringkas tentang apa erti haiwan itu dalam hidup mereka.
Penyertaan terpilih akan dipaparkan di:
• Laman khas: SAYS.com/fureverfriends
• Media sosial rasmi SAYS
• Papan iklan digital di sekitar Kuala Lumpur
Ini adalah peluang untuk meraikan kasih sayang terhadap haiwan peliharaan, sambil menyampaikan mesej penting bahawa semua haiwan berhak dihargai, tanpa mengira asal-usul mereka.
Cara Menyertai
Untuk menyertai, layari http://says.com/fureverfriends, muat naik gambar haiwan kesayangan anda, dan sertakan kapsyen atau cerita pendek.
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 30 September. Kempen ini bukan sekadar tentang gambar-gambar comel, malah ia adalah usaha menggunakan platform digital untuk meningkatkan kesedaran dan menggalakkan empati terhadap haiwan.
Matlamatnya adalah agar lebih ramai orang mengingati kepentingan melayani haiwan dengan penuh kasih sayang dan rasa hormat apabila melihat gambar-gambar ini dikongsi.
Furever Friends juga mengutamakan isu-isu penting seperti penderaan haiwan, populasi haiwan jalanan yang tidak terkawal, dan keperluan kepada undang-undang yang lebih tegas, selain mengangkat kisah-kisah individu dan komuniti yang berjuang demi kesejahteraan haiwan.
Sertai Gerakan Ini
Untuk hantar gambar haiwan anda, ketahui lebih lanjut atau lihat keseluruhan kempen, layari: http://says.com/fureverfriends.
Ikuti @saysdotcom di Instagram dan TikTok untuk kemas kini, paparan haiwan comel, dan kisah inspirasi.