Sebagai sebahagian kempen Furever Friends anjuran SAYS, JUICE, Fly FM, dan Lumi News, satu program khas Cat Adoption Drive
akan diadakan pada 20 Julai di Pavilion Damansara Heights dari jam 1 petang hingga jam 6 petang, bersempena dengan TV3’s Cat Fashion Week.
Program adopsi ini bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kebajikan haiwan dan menggalakkan orang ramai untuk mengutamakan adopsi berbanding membeli haiwan peliharaan.
Baca Juga:
- Usahawan Tudung Ini Hadiahkan Rantai Emas & BMW Bernilai RM714,800 Kepada Kucingnya

- Mat Saleh Terkejut Kafe Kucing Miliknya Diugut Boikot Oleh Warga Britain Gara-Gara Tak Hidang Khinzir

- Video Kucing Muntah Ketika As’ad Motawh Berdoa Jadi Sindiran Mat Saleh

Pengunjung berpeluang bertemu dengan kucing-kucing comel
yang sedang mencari rumah baru. Semua kucing yang sedia untuk proses adopsi berada di bawah jagaan Pads & Paws KL.
Apa Itu Kempen Furever Friends
Mengambil haiwan peliharaan bukan sekadar mencari teman baru. Ia juga tentang memberi peluang kedua kepada haiwan untuk menikmati kehidupan yang lebih baik.
Ramai kucing yang kini menanti untuk diadopsi mempunyai latar belakang yang sukar, sama ada pernah ditinggalkan, diselamatkan dari jalanan, atau diserahkan oleh pemilik yang tak mampu menjaganya lagi.

Dengan memilih untuk mengadopsi, anda bukan saja menyelamatkan nyawa, malah membantu memberi ruang kepada haiwan lain yang juga memerlukan bantuan di pusat jagaan atau rumah penjaga sementara.
Proses adopsi di acara ini sangat mudah di mana pengunjung hanya perlu imbas kod QR untuk mengisi borang permohonan ringkas.
Jika permohonan diluluskan, bakal pemilik akan membayar yuran adopsi (RM150 untuk seekor atau RM250 untuk sepasang kucing) serta menandatangani kontrak adopsi sebelum membawa pulang
teman baru mereka.
Untuk anak kucing yang masih kecil, deposit RM100 bagi setiap ekor juga dikenakan, dan akan dipulangkan selepas bukti kembiri diberikan.
Manakala anak kucing yang lebih besar yang dibuka untuk adopsi telah pun dimandulkan.
Adopter perlu membawa pet carrier sendiri namun jika perlu, Pads & Paws KL sedia memerhatikan kucing tersebut sehingga mereka datang semula dengan carrier.

TV3’s Cat Fashion Week juga menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk pengunjung, termasuk zon catwalk dan photo booth, aktiviti lukisan muka untuk semua peringkat umur, serta pelbagai hadiah menarik untuk dimenangi.
Acara ini diadakan sebagai promosi untuk pertandingan fesyen kucing pertama di Malaysia yang akan disiarkan di kaca televisyen. Jangan lupa saksikan kemuncak Cat Fashion Week di TV3, jam 9 malam pada 17 Ogos, untuk mengetahui siapakah ‘meow-del’ yang bakal dinobatkan sebagai juara.
Jangan lepaskan peluang ini untuk mengadopsi teman bulu yang comel dan dalam masa yang sama, membuat perubahan positif!
Butiran Acara kempen Furever Friends:
📅 Tarikh: Sabtu, 20 Julai
📍 Lokasi: Pavilion Damansara Heights
⏰ Masa: 1 petang – 6 petang
Untuk maklumat lanjut tentang Furever Friends, layari http://says.com/fureverfriends. Anda juga boleh mengikuti SAYS di Instagram dan TikTok.