Sudah menjadi trend terkini apabila munculnya makanan sedap atau kafe menarik, mesti ramai orang akan berpusu-pusu untuk mencubanya.
Terbaharu, tular sebuah video yang dimuat naik semula oleh pengguna platform X memaparkan ibu bapa membawa anak-anak mereka makan di sebuah kafe bertemakan seram.
Baca Juga:
- Bekas Lokasi ‘Shooting’ Filem Senario, Netizen Seram Lihat Keadaan Terkini Resort Mewah Yang Terbengkalai
- Bawakan ‘Vibes’ Seram, Restoran Dengan Tema Pontianak Ini Tawarkan Keunikan Buat Pengunjung
- ‘Nasib Baik Waktu Siang, Kalau Tidak Sudah Lari’- Netizen Terkejut Lihat Gadis Jadi Hantu Ke PPV
Kesian budak tu. Mesti trauma lepaihni pic.twitter.com/N6SYQsVwkE
— amighul deghaman (@ricxxxkiddo) February 21, 2024
Menerusi video itu, dapat dilihat dua kanak-kanak perempuan menangis ketakutan apabila hantu mendekati mereka dan si ibu yang memeluk anaknya menghalau hantu terbabit agar berhenti mengusik anak-anaknya.
Penularan video tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen mempersoalkan tindakan ibu bapa kepada kanak-kanak terbabit kerana membawa mereka ke kafe itu sedangkan sudah tahu apa yang menanti mereka.
Dalam terapi psikologi memang ada rawatan yang dipanggil sebagai exposure therapy.
Ada 4 mekanisme utama iaitu pembiasaan, penghilangan, pemprosesan emosi, dan efikasi kendiri.
Dalam video ni, walau bagaimanapun, hanyalah mak ayah yang bengap dan lapar momen menganiaya anak https://t.co/IbnLeAHG0m
— ✊🇵🇸EdPsy Ash🌜📵||🌞+🌎||❌🍬 (@arcx13) February 21, 2024
Cara nak hilangkan phobia anak bukan cara macam ni.
Dah lah ajak pergi makan tempat macam ni, dengan keadaan dia lapar dan takut.
Phobia anak tak hilang, trauma pula yang datang. https://t.co/uDbjg5R2WH
— iLi ◡̈ (@iliism) February 21, 2024
parents 100% yang salah dalam hal ni. sama jugak macam aku yg salah bila aku yg pergi kedai bunian cafe tu ade hantu bawah meja aku marah dia padahal tu mmg kerja dia kena duduk bawah meja 🥲 https://t.co/9Cq0wlHZ7h
— Ninaaaaa ✨ (@irnashada) February 21, 2024
Bukan itu sahaja, para netizen mengkritik ibu bapa itu yang membawa anak-anak mereka dan ada juga netizen yang mempersoalkan konsep dibawa kafe itu dilihat berlebihan.