Seorang katerer kentang bakar berkarisma, Ben Newman menjadi bualan di media sosial selepas dia menyiarkan beberapa siri video dia berada di tempat kerja dengan nama @spudarmy.
Antara konten yang dimuat naik Ben Newman adalah berkaitan petua masakan, berbual tentang makanan dan juga menunjukkan interaksinya bersama pelanggan serta kesedaran tentang penyakit buah pinggang.
Baca Juga:
- Penangan TikTok, Lelaki Malaysia Ini Sanggup Ke Indonesia Untuk Rasai Pengalaman Dikejar Zombie
- Mudah Viral Di TikTok, Khairul Aming Kongsi Bagaimana ‘Kuasa FYP’ Bantu Ramai Peniaga
Terbaharu, dia telah memuat naik sebuah video yang memaparkan interaksinya bersama pelanggannya yang mahu membeli kentang bakar di kedainya itu.
@spudarmy spudman is now an International superstar. #bakedpotato #jacketpotato #spudman #spudarmy
Difahamkan, dua pelanggan tersebut merupakan warganegara Malaysia dan sanggup ke Tamworth, United Kingdom semata-mata mahu mencuba menu viral dijual Ben Newman ini.
Menerusi video tersebut, kedua-dua pelanggan warga Malaysia itu terlihat teruja menunggu kentang bakar mereka dan gembira dapat berjumpa dengan Ben atau lebih dikenali sebagai SpudMan.
Malah, mereka baru sahaja tiba dari Malaysia dan terus memandu selama 3 jam dari London untuk mendapatkan kentang bakar terbabit.
Perkongsian video itu telah meraih perhatian orang ramai terutama sekali rakyat Malaysia dimana para netizen mengatakan rakyat Malaysia memang suka mencuba makanan viral.
Bukan itu sahaja, ada juga netizen memberi cadangan kepada Ben agar membuka branch kedainya di Malaysia kerana mahu mencubanya sendiri.