Keadaan ekonomi yang tidak menentu secara tidak langsung mendesak segelintir individu untuk melakukan apa sahaja asalkan boleh meneruskan kehidupan seharian. Tetapi siapa sangka dengan memiliki badan berbulu lebat juga boleh menjana pendapatan ‘tersendiri’.

Seorang wanita mengakui bangga memiliki badan yang berbulu kerana mampu menjana pendapatan lumayan buatnya.

Baca Juga:

Menurut Cherry yang berasal dari Seattle, Amerika Syarikat, wujud segelintir individu yang meminta agar beliau berhenti mencukur bulu badannya. Sejak saat itu, Cherry melihat peluang yang ada sehingga beliau berjaya menjadikannya sebagai pendapatan utama.

Cherry meletakkan caj yang tinggi iaitu sekitar £3,000 (~RM17,367) sehingga £39,000 (RM225,781) untuk mereka yang berminat dengan bulu badannya.

“Saya pernah kehilangan kerja dan betul-berul memerlukan wang. Tidak lama selepas itu, saya sedar wujud nafsu pelik dalam kalangan manusia.

“Saya dapat macam-macam permintaan pelanggan, ada yang aneh, contohnya mereka minta untuk cium dan hidu bulu ketiak saya.

“Mereka juga akan rakam video saya dari pelbagai sudut. Bulu saya cepat tumbuh, saya dah tak cukur sekarang”, wanita itu yang juga merupakan pencipta konten di platform OnlyFans.

Sebelum ini, Cherry berkata beliau juga sama seperti insan lain yang sentiasa mencukur bulu pada badan.

Namun kini beliau menyesali perbuatan itu dan melihat bulu-bulu yang tumbuh sebagai satu kebanggaan untuk dipamerkan kepada peminat.