Idea garisan glow in the dark di jalan raya Malaysia dilihat sangat bernas namun kosnya yang tinggi telah memaksa kerajaan untuk membatalkan penggunaannya lagi.

Siapa sangka jalan glow in the dark pertama yang diperkenalkan di Semenyih kini sudah tidak bercahaya lagi seperti yang diharapkan oleh pengguna jalan raya?

Perkara ini mula disedari selepas tular sebuah video yang dikongsikan oleh akaun FB Hikmah Viral yang mana memperlihatkan lokasi terletaknya jalan glow in the dark tampil gelap selepas lampu kereta dimatikan di kawasan tetsebut.

Sumber Gambar: FB Hikmah Viral

Di dalam video yang dirakam oleh individu tersebut, kelihatan papan tanda Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kuala Langat menyatakan jalan di seberangnya mempunyai garisan jalan yang bercahaya dalam gelap.

Walau bagaimanapun, apabila pemandu kereta itu mematikan lampu mereka, jalan raya itu menjadi gelap gelita, dengan seolah-olah tiada tanda-tanda jalan bercahaya-dalam-gelap langsung. Kelihatan juga cat garisan yang sudah pudar yang dipercayai ekoran terhakis.

Perkongsian video yang tular itu langsung menjadi bualan netizen dan ramai meluahkan rasa kecewa dengan kualiti cat yang digunakan dalam menerangi jalan seperti yang diharapkan.

Ada pengguna jalan tersebut mendakwa keadaan itu boleh berlaku kerana banyak lori yang lalu lalang dengan melanggar garisan glow in the dark itu lantas ia semakin terhakis sehinggalah akhirnya sudah tidak bercahaya lagi.

Ekoran boleh membahayakan keselamatan pengguna jalan raya, netizen meminta pihak berwajib untuk memantau semula lokasi berkenaan atau mengecat garisan dengan warna putih yang reflective seperti sebelum ini.