Tular baru-baru ini apabila sebuah kedai ‘dessert’ manisan Arab di Bukit Bintang disita oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Tidak hanya mempunyai mempunyai lesen yang sah daripada DBKL untuk sebarang aktiviti menjaja dan hanya mempunyai Lesen Hiburan Semasa (Promosi Luar Bangunan), premis ini juga dikatakan telah dikendalikan oleh warga asing tanpa permit yang sah.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Bukan itu sahaja, premis ini juga turut menjadi perhatian kerana turut mengadakan aktiviti di mana para pembeli berpeluang untuk menari dan bergelek dalam membolehkan mendapatkan kunafa secara percuma.

Hal ini secara tidak langsung tidak bersesuaian dengan etika penjualan makanan di tempat tersebut sekaligus menjatuhkan maruah sesetengah individu.

Difahamkan sebelum premis ini diserbu oleh pihak DBKL, seorang aktivis masyarakat Sophian Mohd Zain bersama beberapa rakan membuat terjahan sehingga berlakunya tikaman lidah antara kedua-dua belah pihak.

https://www.tiktok.com/@sophianmohdzain7/video/7269486378424044801?embed_source=121355059%2C121351166%2C121331973%2C120811592%2C120810756%3Bnull%3Bembed_name&refer=embed&referer_url=ohmymedia.cc%2Fhanya-cari-rezeki-halal-staf-kedai-dessert-arab-sohor-dakwa-difitnah-aktivis-masyarakat&referer_video_id=7269486378424044801

Pekerja di kedai berkenaan turut memaklumkan aktivis ini tidak mempunyai hak untuk menyoalk mereka melibatkan permit perniagaan dan visa.

Malah, pekerja kedai berkenaan turut memaklumkan beliau sudah lama berada di Malaysia dan sudah berkahwin dengan orang tempatan serta dikurniakan dua orang cahaya mata.

Menurut pekerja kedai manisan Arab yang disita ini, beliau sekadar hadir untuk mencari rezeki yang Halal dan bukannya Haram demi kelangsungan hidup.

Sumber: TikTok @sophianmohdzain7
Sumber: TikTok @sophianmohdzain7

Sementara itu, para netizen berpendapat apa yang dilakukan aktivis masyarakat ini adalah betul. Malah, turut mempertikai bagaimana golongan warga asing ini berpeluang untuk berniaga di tengah-tengah Bukit Bintang sebelum ini.

Tidak kurang juga yang berang yang dengan penjelasan pekerja kedai manisan Arab ini yang seolah mempertikai undang-undang negara di samping merakam aksi joget para pembeli.