Pernah atau tidak, anda ke McDonald’s kerana teringin untuk nikmati bubur ayam yang panas dan sedap ketika waktu hujan? Tetapi, anda berasa hampa kerana bubur ayam habis?
Buat anda yang menggemari bubur ayam McDonald’s, apa kata anda cuba sendiri buat di rumah. Jimat, mudah dan sedap! Ayuh ikuti perkongsian resipi pengguna Facebook Siti Hasnah AR yang pastinya membangkitkan selera anda.
Bahan-bahan yang diperlukan:
Stok ayam, halia, minyak bijan, beras, dan ayam yang dipotong dadu.
Cara-cara membuat bubur ayam ala McDonald’s:
1. Ambil 2 genggam beras dan basuh bersih. Kemudian, rebus smpai kembang dan buang air rebusan pertama itu lalu gantikan dengan air baru dalam 3 cawan.
2. Selepas itu, masukkan 3 sudu besar stok ayam dan halia, rebus sehingga nasi hancur dan melekat.
3. Rebuskan ayam dalam periuk lain.
4.Ketika mahu makan, bolehlah letakkan ayam yang direbus bersama sup dan minyak bijan dicampur dengan bubur. Siap.
Mudah sangat nak buat bubur ayam ini. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda. Tunggu apa lagi? Jom cuba, almaklumlah tengah musim hujan sekarang.
Sementara itu, kami kongsikan beberapa resipi menarik untuk anda cuba sendiri di rumah. Klik sahaja pautan di bawah ini.
Jadi Kegilaan Netizen, Ini Resipi Mudah Dan Sedap ‘Korean Garlic Cheese Bread’ Untuk Anda Cuba
Lebih 3.4K ‘Shares’, Ini Resipi Bubur Lambuk Yang Senang Guna Periuk Nasi Dijamin Sedap