Sebelum ini, Janna Nick dikecam hebat netizen selepas dilihat memetik serta membandingkan program realiti, Famili Duo 2 (FD2) dengan program hiburan lain pada minggu lalu.

Menurut Janna, apa yang dilakukannya di atas pentas adalah berdasarkan skrip yang ditulis dan permintaan penerbit untuk merancakkan lagi pentas FD2.

Baca Juga:

“Sebenarnya apa yang saya buat itu memang ada dalam skrip tapi bila kita berucap dan berbicara secara spontan dan kasual di atas pentas jadi saya ‘tambah rasa’ sikit lah kan.

“Pada pendapat saya okay sahaja sebab rancangan di sebelah sana buat dulu (bahan-membahan). Tapi sejujurnya secara peribadi saya dan pihak penerbit tak ada apa-apa isu dengan mana-mana pihak dan kami memang okay dengan sesiapa pun.

“Bila bekerja kita kena ikut kehendak penerbit. Kalau penerbit nak kita ‘bakar line’, kita buat.. Kalau penerbit suruh tone down, kita ikut cara baik.” ujar Janna.

Tambahnya, dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan rakan selebriti Elly Mazlein susulan isu terbabit dan Elly ada menghubunginya selepas insiden tersebut berlaku dan tiada isu pun di antara mereka.

Sekadar makluman, Janna turut bergandingan bersama Izzue Islam bagi mengacarakan program realiti, Famili Duo 2023.