Meskipun pelbagai usaha yang dilakukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dalam menangani isu parkir serta ulat parkir, isu ini masih lagi berlaku sehingga ke hari ini.
Terbaharu, seorang wanita tampil berkongsi di TikTok @ballerina391 mendedahkan kereta beliau dicalarkan hanya kerana enggan membayar ulat parkir sebanyak RM15 di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
1. A woman discovered that her car was scratched after she refused to pay RM15 for parking in Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
After sharing the incident on TikTok, netizens alleged that they, too, have been asked to pay parking fees ranging from RM10 to RM25 in the area. pic.twitter.com/RrEZbLZdzt
— BFM News (@NewsBFM) December 28, 2023
Lebih parah, kereta wanita ini bukan sahaja dicalarkan pada satu tempat, malah beberapa tempat yang lain sebagai ‘balasan’ tidak memberi wang kepada ulat parkir.
Insiden yang berlaku telah dikongsikan beliau di media sosial yang sekaligus telah mendapat pelbagai respon di kalangan netizen yang rata-ratanya seakan sudah cukup faham dengan modus operandi ulat parkir ini.
Menurut para netizen, Bukit Bintang sememangnya dipenuhi ulat parkir sejak dari dahulu lagi. Selain itu, terdapat netizen yang berpendapat elok diberikan sahaja wang bagi mengelakkan lebih banyak wang dikeluarkan bagi menghilangkan kesan calar pada kereta.
Isu yang berlaku turut membuatkan segelintir netizen mempersoal langkah yang dilakukan DBKL dalam membanteras kumpulan ulat parkir ini.