Bagi sesetengah individu yang mampu atau memiliki kad perubatan, pastinya akan ke hospital swasta kerana tidak perlu menunggu lama.

Terbaharu, seorang individu yang menerima rawatan ringan di sebuah hospital swasta terkejut apabila dirinya dikenakan caj menunggu di bilik kemalangan dan kecemasan (A&E) dan juga pengangkutan untuk alat pemantau tanpa dinyatakan sebab lanjut.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

Menerusi laporan, individu terbabit dikenakan caj RM11.60 untuk tempoh 30 minit menunggu di bilik (A&E) dan RM34 untuk pengangkutan alat pemantau pesakit.

“Saya ingat caj itu untuk pemeriksaan tekanan darah dan permeriksaan lain yang mereka lakukan ketika di dalam bilik, tetapi pihak hospital mengenakan cak RM10.60 untuk pemantauan tanda-tanda penting.

“Jika saya tahu hospital mengenakan caj untuk menunggu di dalam bilik A&E, saya akan tunggu di luar hingga nama dipanggil. Tetapi mereka yang meminta saya tunggu. Saya tidak memilih untuk tunggu di dalam bilik.” ujarnya.

Tambahnya, dia akan membuat aduan kepada Kementerian Kesihatan dan sekaligus memohon penjelasan daripada pihak hospital.