Soal paras rupa dan populariti di media sosial sering menjadi ukuran untuk mereka yang berada dalam industri hiburan. Malah, isu ini pernah jadi bualan hangat selebriti pada tahun lalu.

Terbaharu, pengacara dan bekas penyampai radio, Hani Fadzil dalam satu ciapannya di Twitter telah memuat naik tangkap layar perbualannya di Whatsapp berhubung tugas pengacaraannya.

Baca Juga:

Menerusi perbualan tersebut, Hani dimaklumkan tidak mendapat tugas pengacaraan sebuah acara disebabkan imejnya tidak seksi. Hani juga mengatakan dia faham bahawa sesetengah pelanggan mempunyai pilihan mereka sendiri.

Dalam ciapannya yang lain, dia hanya mahu berkongsi hal ini kerana ia adalah realiti yang perlu dijalani dan dia tidak akan pernah putus asa.

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan segelintir netizen berasa terkejut apabila lebih mahukan imej seksi berbanding melihat pada bakat.

https://twitter.com/Jannatulfrdaus/status/1672887442637213696

Malah, ada juga netizen yang mengatakan hal seperti itu sering terjadi di industri lain dan mendakwa ada yang memandang paras rupa ketika temuduga.