Selepas tular luahan seorang wanita mendakwa menjadi mangsa harga makanan yang mencekik darah dan menindas pelancong di Pulau Pangkor, kedai tersebut telah digempur penguat kuasa Kementerian Perdagangan dan Kos Sara Hidup (KPDN), hari ini.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail, berkata serbuan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Majlis Perbandaran Manjung (MPM) selepas pihaknya mengesan kiriman tular di media sosial, petik Berita Harian.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Hasil maklumat Ops Samar mendapati premis yang diadu tidak meletakkan tanda harga makanan hasil laut yang belum dimasak serta didapati tidak menggunakan alat timbangan dalam urusan penjualan makanan hasil laut.

@kekyahfornour

Ikan bakar siakap around 600-700g RM75 kalah harga ikan kat KLCC dengan pavilion.. kedai kerusi pon berkulat, service out then rasa biasa2 je.. total makan RM142 since minum air kosong je.. sorry kekyah bukan jenis berkira pasal makan tapi this is totally not worth.. sama harga mcm makan ikan kat swiss harga dia.. makan kat singapore pon x semahal makan kat sini walaupon kena darab 3.5.. Bila x g travel local selalu persoalkan x support local tapi see peniaga jenis cekik darah cmni.. Sesiapa g pangkor tu hati2 la makan kat area teluk nipah ni.. korang makan area city je la selamat harga x cekik darah mcm ni..

♬ Cukup – Fieya Julia

“Premis terbabit hanya meletakkan tanda harga ketika pemeriksaan pegawai beruniform hari ini.

“Pemeriksaan dan perbandingan harga mendapati harga premis berkenaan lebih tinggi berbanding restoran lain sekitar Teluk Nipah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Peniaga kedai di Pulau Pangkor itu dikenakan tindakan kerana disyaki melanggar Seksyen 140(3)(a)(b) Akta Perlindungan Pengguna 1999 iaitu gagal meletakkan butiran nama dan alamat perniagaan serta tarikh pembelian dalam resit yang dikeluarkan kepada pengguna.

“Siasatan lanjut akan dilaksanakan mengikut Akta Kawalan Harga dan AntiPencatutan (AKHAP) 2011,” katanya.

Peniaga terbabit boleh dikenakan penalti RM500,000 sekiranya didapati berlakunya kesalahan mencatut dalam menjual atau membekalkan barangan dan perkhidmatan di bawah Seksyen 14(1) AKHAP 2011.

Beliau turut mengingatkan peniaga lain di pulau bebas cukai itu supaya bertanggungjawab dan tidak mengambil kesempatan terhadap para pelancong.