Kehidupan sebagai seorang figura tersohor pastinya tidak lari daripada lensa pemerhati.

Baru-baru ini, tular foto Datuk Seri Siti Nurhaliza yang dilihat tenang menunaikan kewajipan solat sejurus tamat sebuah majlis berbuka puasa.

Meskipun imej tersebut memaparkan sisi murni beliau, ia tetap mengundang pelbagai reaksi dari kalang netizen yang mungkin kurang arif dalam perihal agama.

Pendakwah bebas tersohor, Datuk Ustaz Kazim Elias, tampil memberikan pencerahan berhubung isu tular mengenai wanita yang mendirikan solat fardu tanpa mengenakan telekung.

Menerusi hantaran di platform TikTok, beliau menyatakan kekesalan terhadap segelintir pihak yang mencetuskan perdebatan tidak produktif di media sosial berhubung perkara tersebut.

Beliau menegaskan bahawa penggunaan telekung bukanlah satu syarat mutlak dalam ibadah, sebaliknya keutamaan harus diberikan kepada kesempurnaan menutup aurat sepertimana yang dituntut syariat.

Dalam ulasan lanjutnya, Mohammad Kazim menjelaskan bahawa amalan bersolat tanpa telekung adalah perkara lumrah bagi umat Islam di luar negara, asalkan pakaian yang digayakan memenuhi kriteria sah solat.

Beliau menekankan bahawa mana-mana busana yang menutup seluruh anggota badan dengan sempurna (kecuali wajah dan tapak tangan) serta bersih daripada najis adalah memadai untuk menghadap Ilahi.

“Artis sembahyang tak pakai telekung. Bergaduh pula. Ada sembahyang pakai ini. Hei tak tahulah, orang sekarang tak tahulah.

“Mak cik, orang-orang di negara yang hujung dia ‘sia sia’ saja pakai telekung seperti contoh Malaysia, Indonesia. Orang Arab, Afrika mereka sembahyang tanpa telekung. Belah kita saja yang sembahyang pakai telekung,” jelasnya.

Tambahnya asalkan pemakaian yang menutupi aurat dengan sempurna sudah cukup memadai dan syarat solatnya adalah sah.

“Jadi akak-akak, kalau nak sembahyang pakai jubah, muka boleh dibuka, tangan tutup sehingga pergelangan tangan, jubah longgar, pakai stokin. Hukumnya sah”.

@sahabat.masjid.original

Ustaz Artis Sembahyang Tak Pakai Telekung #mana #telekung #sembahyang #tiada #ilmu

♬ original sound – Sahabat Masjid Original – Sahabat Masjid Original

Ulasan Datuk Ustaz Kazim Elias ini sebenarnya memberikan satu anjakan perspektif yang penting buat masyarakat kita.

Di Malaysia, telekung sudah menjadi identiti budaya yang sangat kuat sehingga ada yang terlupa bahawa intipati utama solat adalah kesempurnaan menutup aurat, bukannya jenis pakaian yang disarungkan.

Sumber