Sebelum ini, penceramah bebas, Datuk Mohd. Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim telah berkongsi satu foto yang memaparkan keadaan lengannya sebagai kiasan dan memohon pertolongan dari orang ramai yang berkemampuan untuk membantunya.
Terbaharu, Ustaz Kazim mendedahkan bahawa seramai enam individu telah tampil bersemuka dengannya untuk meminta maaf kerana menyihir dirinya. Perkongsian tersebut dibuat oleh Ustaz Kazim menerusi temu bual eksklusif yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook Kosmo! Online.
Menurut laporan, Ustaz Kazim mendakwa bahawa dua daripada mereka adalah pasangan suami isteri yang mengakui kesilapan mereka sehingga menangis teresak-esak di hadapannya. Malah, mereka sanggup berbuat sedemikian kerana perasaan hasad dengki serta berasa tidak puas hati terhadapnya.
Tambahnya, ada juga individu yang marah dirinya kerana mendapat macam-macam dan ada juga disebabkan perasaan dimana jika tidak dapat memiliki Ustaz Kazim maka tiada yang boleh dapat. Ketika ini, Ustaz Kazim menjalani rawatan secara tradisional dan moden untuk mengubati masalah kesihatan yang ditanggungnya sejak bertahun lalu.
Bagi anda yang terlepas berita berkaitan penderitaan yang dialami oleh Ustaz Kazim, klik pautan di bawah untuk ketahui lanjut.
‘Shooting Ni Kan?’ – Aeril Zafrel Dikritik Selepas ‘Tegur’ Gambar Ustaz Kazim Ikhtiar Cari Rawatan
Jumpa Abu Dan Gambar Dibakar Dalam Kotak, Ustaz Kazim Elias Dedah Disihir Punca Kaki Membengkak