Lagu ‘Cupid’ yang tiba-tiba meledak melonjak nama kumpulan K-Pop, FIFTY FIFTY dan mereka menjadi kumpulan Korea terpantas menembusi pasaran Amerika Syarikat apabila berjaya memasuki carta Billboard Hot 100 tahun lalu.

Akan tetapi, kumpulan dengan empat orang ahli itu iaitu Saena, Aran, Keena, dan Sio berdepan kontroversi membabitkan kontrak dan kesalahan takbir urus agensi bakat mereka. Kini, hanya Keena yang kekal di pihak agensi itu manakala kontrak ahli lain sudah pun dibatalkan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Susulan itu, agensi tersebut telah pun menganjurkan sesi uji bakat ‘FIFTY FIFTY GLOBAL AUDITION 2024’ bagi mencari ahli baru bagi mengisi tempat itu.

Difahamkan, uji bakat itu turut berlangsung di Singapura baru-baru ini dan menjadi perhatian apabila influencer dari Malaysia, Christinna Kuan turut menghadiri uji bakat itu.

Menerusi satu video, dapat di lihat Christinna berasa teruja untuk menghadiri uji bakat tersebut dan tidak akan melepaskan peluang keemasan yang diberikan.

Tambahnya, dia menyukai lagu yang dipopularkan oleh kumpulan FIFTY FIFTY dan itu adalah alasan mengapa dia menyertai uji bakat tersebut.

Hal tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen mengkritik influencer terbabit kerana mahu masuk uji bakat hanya disebabkan suka lagu.

Malah, ada juga netizen pelik kerana influencer itu mahu menyokong agensi yang tidak bersikap adil dengan artis sendiri.

Sekadar makluman, Christinna sebenarnya merupakan influencer dan blogger gaya hidup yang agak popular dalam kalangan masyarakat Cina di Malaysia serta aktif menyanyi.