Pelakon Hafidz Roshdi telah sah bercerai talak satu dengan Nurul Shuhada Mat Shukri dan kemelut rumah tangga mereka akhirnya selesai selepas Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam mengesahkan lafaz cerai tersebut semalam.

Menurut laporan, Hafidz yang ditemui selepas urusan penceraiannya itu memaklumkan yang dia hanya berkawan sahaja dengan Athirah Yuhada, wanita yang dikatakan menjadi punca dia serta Shuhada berpisah.

Baca Juga:

Sebelum ini, Hafidz mengatakan akan memaklumkan sesuatu berkaitan hubungannya dengan Athirah selepas penceraiannya dalam satu laporan tetapi dia bertindak menafikan hal tersebut.

Tambahnya, dia tiada perancangan untuk mengahwini Athirah dalam masa terdekat dan menyatakan hubungan mereka hanyalah sekadar kawan.