Sekitar 18 bulan lalu, Thailand berjaya muncul sebagai negara pertama Asia membenarkan penggunaan ganja bagi kegunaan rekreasi.

Kebenaran penggunaan ganja ini turut menyaksikan beberapa negara serta individu dari negara luar menyokong serta turut berharap Malaysia melakukan perkara yang sama.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam pada itu, undang-undang ini nampaknya tidak bertahan lama selepas kerajaan baharu Thailand merancang meluluskan undang-undang baharu yang melarang penggunaan ganja untuk kegunaan rekreasi.

Sumber: Siam Legal

Menurut CNN, undang-undang yang dilonggarkan itu telah menyaksikan peningkatan industri ganja kepada penduduk tempatan dan pelancong asing.

Dalam pada itu, kerajaan baharu Thailand berikrar untuk mengetatkan peraturan penggunaan ganja dan hanya membenarkan untuk tujuan perubatan sahaja.

Draf undang-undang yang dikeluarkan Selasa lalu oleh Kementerian Kesihatan Thailand telah menggariskan denda tinggi atau hukuman penjara sehingga satu tahun untuk pesalah atau kedua-duanya sekali.

Selain itu, kerajaan juga mengalu-alukan makluman orang mengenai undang-undang tersebut.

Perdana Menteri Srettha Thavisin pada September menyatakan bahawa kerajaan baharunya akan ‘membetulkan’ undang-undang mengenai ganja dalam tempoh enam bulan akan datang.

Menghisap ganja di khalayak ramai adalah menyalahi undang-undang walau di bawah undang-undang yang dilonggarkan itu, tetapi undang-undang baharu yang dicadangkan ini turut mengharamkan kempen pengiklanan dan pemasaran ekstrak ganja serta produk ganja lain.

Difahamkan, Srettha secara lantang melarang penggunaan ganja bagi tujuan rekreasi dan menyatakan dalam beberapa wawancara bahawa penyalahgunaan dadah adalah ‘masalah besar’ kepada Thailand.

Sumber