Baru-baru ini dilaporkan bahawa seorang pempengaruh media sosial yang dikenali sebagai ‘ikon pemotoran’ iaitu Haqiem Stopa antara 284 individu ditahan dalam Op Samseng Jalanan pada malam Aidiladha di Jalan Pegawai, Alor Setar, Kedah.

Menerusi laporan, Haqiem telah mengulas salah faham segelintir netizen selepas tular berita dan gambar penahanannya ketika operasi tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Memang saya singgah tengok tapi jadi penonton saja, bukan ikut berlumba,

“Cuma mungkin jadi isu kerana saya Haqiem Stopa, nama yang orang kenal, jika bukan sesiapa pasti tak diperkatakan pun,” ujarnya.

Tambahnya, dia juga mengakui bahawa apa yang dilakukannya memang satu kesalahan dan sudah memberi kerjasama baik dengan pihak polis selepas ditahan termasuk dengan memberi keterangan sebelum dibebaskan.