Salah satu kejadian yang menjadi fenomena di Malaysia pada ketika ini adalah pergelutan antara seorang pelanggan bersama pemilik sebuah kedai runcit sehingga digelar sebagai one-by-one oleh netizen.

Video pergaduhan mereka tular menerusi semua platform media sosial. Di mana lelaki bersinglet putih yang dipercayai mabuk telah beberapa kali ditumbangkan oleh pemilik kedai tersebut.

kuih raya
HYPE
Dari Dapur Nenek Ke Dapur Moden: Kuih Raya Tradisi Dengan Elemen Inovatif
Baca lagi →

Susulan tular pergaduhan itu, kedua-duanya sudah ditahan bagi membantu siasatan dan salah seorang suspek iaitu ‘anne baju singlet putih’ juga sudah membuat permohonan maaf di TikTok.

Bagaimanapun, semalam tular sebuah gambar memperlihatkan figura kedua-dua individu tersebut yang sudah berbaik  selepas penahanan tersebut.

‘Happy Ending’ - Netizen Gembira Lihat Anne Singlet Putih Sudah Berbaik Dengan Tauke Kedai
Sumber Gambar: WOB

Dipercayai pendamaian itu berlaku di balai polis, mereka didapati bersalaman antara satu sambil melemparkan senyuman serta diiringi polis bersamanya.

Susulan tular gambar tersebut di internet, netizen meluahkan rasa gembira melihat perbalahan antara anne singlet putih dan tauke kedai sudah pun menemui jalan penyelesaian yang baik.

‘Happy Ending’ - Netizen Gembira Lihat Anne Singlet Putih Sudah Berbaik Dengan Tauke Kedai
Sumber Gambar: FB
‘Happy Ending’ - Netizen Gembira Lihat Anne Singlet Putih Sudah Berbaik Dengan Tauke Kedai
Sumber Gambar: FB

Malah, ramai berpendapat pergaduhan ini biasa berlaku di kalangan masyarakat bagaimanapun tetap akan berbaik seperti keluarga di kemudian hari.

 

Sumber