Trend tawaran perkhidmatan ‘teman raya’ yang diiklankan oleh beberapa individu dengan mengenakan upah bayaran adalah haram di sisi agama Islam.

Memetik daripada Sinar Harian, perbuatan itu walaupun hanya diiklankan sekadar jenaka seperti mana yang tular di media sosial, ia tetap akan menjadi sesuatu yang haram dilakukan.

Baca Juga:

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, Islam melarang umatnya daripada melakukan sesuatu perbuatan yang sia-sia dan tidak memberikan manfaat.

Sumber: berita harian

“Walaupun perkara itu dibuat sekadar suka-suka, namun sekiranya ia dilarang dalam agama maka hukumnya haram.

“Masyarakat gemar memandang perkara ini tidak serius, tetapi jika dibiarkan terlalu lama ia akan menjadi barah dalam masyarakat,” jelasnya kepada Sinar Harian.

“Justeru, media cetak dan elektronik memainkan peranan bagi mendidik masyarakat dan menggunakan pendekatan dakwah agar mereka tidak terus hanyut dengan perkara yang tidak memberi sebarang faedah.

“Pada pendapat saya tindakan undang-undang atau enakmen boleh dicabar dan merupakan langkah terakhir, namun pendekatan kesedaran serta dakwah lebih berkesan mengajak mereka ke arah kebaikan,” kata beliau.

Perkara ini tular di media sosial beberapa hari lalu yang mana memperlihatkan segelintir individu menawarkan diri sebagai teman raya dengan harga serendah RM100. Malah, anda boleh membayar tips tambahan untuk bersentuhan walaupun bukan mahram.

Amalan ini sememangnya ditegah oleh agama Islam kerana mengundang kepada lembah kemaksiatan. Anda sebagai Muslim harus sedar betapa pentingnya menjaga maruah diri dan imej agama apabila berada di luar sana.

Sumber