Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila tular satu video yang memaparkan seorang wanita berpakaian seksi sambil melakukan aksi catwalk di sekitar bandar Kota Bahru, Kelantan.

Memetik laporan Sinar Harian, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad memberikan respon beliau terhadap video yang tular itu dengan menegaskan bahawa tindakan wanita tersebut boleh menimbulkan fitnah terhadap agama.

Baca Juga:

“Berpakaian tak sopan ini sudah terang-terangan salah dari segi hukum, malah tindakannya pula boleh menimbulkan tuduhan, ini yang dipanggil satu penyebaran fitnah,” ulas lanjut oleh Mufti tersebut.

Menurut beliau lagi, individu ini juga dilihat cuba memburuk-burukkan imej negeri dan agama apabila berpakaian tidak senonoh berdekatan dengan al-Quran walaupun sekadar replika di pintu gerbang.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan supaya umat Islam seharusnya menjadikan ajaran agama sebagai pegangan dan perlu ada usaha untuk mengelakkan perkara seperti ini berlaku lagi.

“Jangan lagi dijajah dari segi pemikiran atau perasaan, sebaliknya perlu dominan dalam kehidupan ini dan tidak membiarkan pengaruh luar mendominasi kehidupan.

Hukuman adalah langkah terakhir sebaliknya paling penting usaha dakwah dan pendidikan semua pihak yang mesti diteruskan bagi membendung perkara sebegini”, kata beliau kepada Sinar Harian.

Sebagai nasihat kepada umat Islam, kita memang diwajibkan untuk mengikuti semua perintah Allah S.W.T termasuklah menjaga perlakuan dan juga menutup aurat bagi menjaga baik imej sebagai Muslim.

Sumber