Malaysia dilihat bakal mempunyai peluang yang cerah untuk menjadi hab pusat data dunia selepas menjadi pilihan utama dalam rangkaian pembinaan cip global serta pusat data AI oleh  sejumlah syarikat gergasi teknologi.

Bagaimanapun, harapan Malaysia mungkin bakal terjejas selepas kehadiran arahan terbaru Presiden Joe Biden yang bakal mengehadkan akses kepada cip teknologi Amerika Syarikat.

Taobao
HYPE
Raya Extra Meriah! 5 Dekorasi DIY Dari Taobao Wajib Ada Untuk Rumah Anda!
Baca lagi →

Menurut laporan Bloomberg, dengan adanya arahan ini, ia bakal membahagikan negara kepada tiga kategori.

Untuk kategori pertama, ia bakal menerima akses penuh cip untuk pusat data yang mana ia terdiri daripada negara sekutu-kutu Amerika Syarikat seperti Australia, Jepun,, Taiwan dan Kesatuan Eropah.

Bagaimanapun, Malaysia dan beberapa negara-negara Timur Tengah dan Asia Tenggara yang jatuh di dalam kategori kedua  bakal dihadkan jumlah kuasa maksimum pusat data.

Kategori terakhir pula, negara yang dikategorikan sebagai musuh Amerika Syarikat seperti China, Rusia, Myanmar dan Iran.

Negara yang berada di dalam kategori ini akan dihalang sepenuhnya daripada mengimport cip pusat data.

Malaysia dan negara Timur Tengah yang dimasukkan ke dalam kategori kedua kerana Amerika mengesyaki negara-negara ini digunakan oleh negara kategori ketiga untuk memintas halangan teknologi yang dikenakan sebelum ini.

Negara-negara kategori kedua dikatakan boleh menerima akses tanpa had jika bersetuju dengan keperluan sekuriti dan hak asasi manusia yang ditetapkan oleh Amerika.

Status Pengguna Akhir Disahkan (VEU) akan diberikan kepada negara yang mematuhi keperluan ini.

Kemas kini terbaharu, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, untuk isu tersebut Kabinet akan mengadakan perbincangan mengenainya minggu depan bagi mendapatkan maklumat terperinci.

Diharapkan dengan perbincangan ini bakal memberi sinar harapan baru buat negara Malaysia menuju ke arah menjadi hab pusat data dunia dalam beberapa tahun mendatang.