Pada hari semalam tular laporan mengenai terdapat potensi untuk membawa kembali penganjuran acara sukan permotoran Grand Prix (GP) Formula Satu (F1) pada tahun 2026 akan datang.

Sehubungan dengan itu PETRONAS tampil memberikan penjelasan bahawa tiada perbincangan diadakan untuk membawa kembali GP F1 ke Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“PETRONAS merujuk kepada laporan media yang disiarkan pada 31 Januari 2024 berkenaan penganjuran semula Formula Satu (F1) di Sepang Malaysia, pada 2026.

“Kami ingin mengesahkan bahawa tiada sebarang perbincangan mengenai penganjuran semula sukan itu di Litar Sepang Antarabangsa PETRONAS,” petik kenyataan rasmi PETRONAS.

Terdahulu, tular beberapa laporan berkongsi maklumat ‘sumber dalaman’ mengenai menganjurkan kembali sukan berprestij tersebut pada tahun 2026, serentak dengan pengenalan peraturan baharu yang bakal berkuatkuasa pada tahun yang sama.

Selama 18 tahun, dari 1999-2017 perlumbaan berprestij kereta F1 diadakan di Litar Sepang setiap tahun, sehinggalah kerajaan memutuskan untuk menghentikan acara itu berikutan penurunan pulangan yang ketara dan peningkatan kos penganjuran.

Sumber