Hardi Jaafar minta maaf di atas ketelanjurannya dalam memberikan pandangan tentang bola sepak Malaysia.

Menurutnya, kenyataan itu dibuat tidak lebih daripada kerana rasa terlalu sayang dengan negara Malaysia.

Apa yang berlaku?

Sebelum ini Hardi Jaafar mempersoalkan keputusan MFL yang memperkenalkan peraturan 15 pemain import.

Dia menulis di Facebook miliknya dengan berkata: “Saya cakap ni bukan nak populariti atau apa, saya nak kepada pihak yang mengendalikan Liga Malaysia?

Hardi Jaafar
Hardi Jaafar

“Adakah patut atau tidak setiap pasukan memerlukan khidmat 15 pemain import seramai 15 orang? Kenapa tak letak satu pasukan terus?

“Dalam bahasa kasar, kepala bana korang. Ini semua akan membuatkan pemain tempatan gali kubur dan tanam sendiri.

“Otak kamu pergi mana. Korang sanggup lihat pasukan Kedah, Perak dan Pahang tarik diri dari liga.

“Padahal pasukan ni adalah yang terbaik dengan rekod mereka. Disebabkan satu dua pasukan bermain di ACL, kamu lupakan pasukan yang naikkan nama Malaysia dulu.

“Liga Malaysia sekarang dijajah oleh pemain luar. Bagi pasukan yang ada duit bagus.

“Yang tak berada ada duit memang jahanam. Setakat main dengan ramai pemain import, hanya dua pemain tempatan tak payah bangga.

‘Selamat jahanam Liga Malaysia’

“Kamu hanya bangga dengan piala yang rekod dalam Malaysia. Maaf cakap selamat jahanam Liga Malaysia,” tegas Hardi Jaafar.

Hardi Jaafar minta maaf

Tidak lama selepas itu, bekas pemain kebangsaan Malaysia itu meminta maaf di atas kenyataannya yang agak emosi.

Dia berkata: “Assalamualaikum semua. Saya, Hardi Jaafar, mahu minta maaf di atas luahan perasaan saya selaku bekas pemain kebangsaan Malaysia dan rakyat Malaysia.

“Luahan saya hanyalah kata-kata tulus daripada seseorang yang sangat mencintai Malaysia.

hardi jaafar minta maaf
Foto: Facebook Hardi Jaafar

“Sekali lagi, saya memohon maaf dengan sesungguhnya, sekiranya kata-kata saya telah melukakan hati sesiapa, ia tidak ditujukan kepada mana-mana pihak tertentu.

“Mungkin kata-kata saya kedengaran kasar, namun itu bukanlah niat sebenar saya dan bukanlah seperti yang mungkin ditafsirkan oleh orang lain.

“Pada hari yang mulia ini, saya dengan ikhlas memohon kemaafan sekali lagi. Selamat Hari Raya Aidil Adha. Damailah Malaysia. Sayang Malaysia.