Kecoh semalam di media sosial apabila harga emas mencanak naik sehingga menjadi fenomena di seluruh dunia. Hal ini sekaligus membuatkan para pemilik emas tersenyum lebar dengan perkhabaran tersebut.

Terbaharu, harga emas tertinggi di sepanjang zaman dicatatkan semalam selepas melonjak melepasi paras $2,100 (~RM9,801) satu auns atau 28.34 gram (g), lapor berita RT.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

harga emas
Sumber Gagmbar: VnExpress International

Malah, ia meningkat kepada rekod tertinggi $2,110 (~RM9,484) setiap auns sebelum didagangkan pada  setakat pukul 7.45 pagi (waktu Malaysia). Kenaikan aset tertua di dunia itu telah berlangsung selama dua bulan berturut-turut.

Difahamkan ia didorong oleh permintaan para pelabur berikutan ketidaktentuan global dan ketegangan geopolitik termasuk kebimbangan kemelesetan dan jangkaan pemotongan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS).

Menurut pengukur jangkaan kadar faedah CME FedWatch Tool yang dihasilkan oleh syarikat kewangan CME Group, pasaran kini menetapkan harga lebih 50 peratus kemungkinan penurunan kadar faedah AS pada suku pertama 2024.

“Jangkaan penurunan dalam dolar AS dan kadar faedah sepanjang 2024 adalah pemacu positif utama untuk emas,” kata Ketua Strategi Pasaran, Ekonomi Global dan Penyelidikan Pasaran UOB, Heng Koon How kepada CNBC.

Beliau menganggarkan harga emas boleh meningkat kepada AS$2,200 (RM10,268) satu auns menjelang akhir 2024. Pelabur secara tradisinya beralih kepada emas pada masa ketidaktentuan pasaran untuk melindungi nilai risiko dan sebagai penyimpan nilai.

Selama beribu-ribu tahun, jongkong emas dilihat sebagai tempat perlindungan yang selamat semasa tempoh ketidakstabilan ekonomi, krisis pasaran saham, konflik ketenteraan dan wabak.

Sementara di arena lain, Bitcoin didagangkan melebihi $40,000 (~RM186,600) buat kali pertama sejak Mei tahun lalu, dirangsang oleh harapan bahawa AS tidak lama lagi akan membenarkan perdagangan yang lebih luas mata wang kripto terbesar dunia itu.

Sumber