Kita sedia maklum Elon Musk sangat mendokong kriptowang Dogecoin sehingga mampu mempengaruhi orang ramai untuk melabur padanya. Sementara frasa kriptowang sudah tidak kedengaran di internet, kini nampaknya Elon Musk seperti mahu merancakkan semula arena tersebut.
Elon Musk hari ini membuat kejutan baharu menerusi platform Twitter apabila beliau mengubah logo burung biru pada halaman utama kepada sebuah gambar Shiba Inu yang sinonim dengan kriptowang Dogecoin.
Baca Juga:
- 5 Tip Penting Yang Anak Muda Perlu Tahu Sebelum Beli Rumah Pertama
- Netizen Geleng Kepala Lihat Pemuda Bergaji RM1,100 Nak Pakai Proton X70
- Isu Kesal Guna Duit KWSP Labur ‘Unit Trust’, Pakar Kewangan Dedah Realiti Sebenar
Selari dengan perubahan itu, ia sekaligus memberikan impak kepada nilai kriptowang Dogecoin yang meningkat mendadak. Dapat dilihat peningkatan nilai mencecah hampir 30% sejak logo baharu ini diperkenalkan.
Setakat artikel ini ditulis, nilai semasa Dogecoin sudah mencapai $0.097 bersamaan 43 sen. Buat masa ini, pihak Twitter tidak mengeluarkan sebarang komen berkenaan perubahan ini, dan mengapa ia berlaku