Presiden Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Malaysia, Datuk Seri Rosli Sulaiman menyatakan dijangka akan berlaku kenaikan harga makanan sehingga 50 peratus.

Peningkatan harga itu berkait peningkatan harga minyak yang berlaku pada ketika ini, petik Harian Metro.

Menurut beliau, kos bahan mentah dan barangan asas di pasaran dijangka meningkat berikutan kenaikan kos pengangkutan dan penghantaran barangan berkenaan yang kebanyakannya menggunakan kenderaan diesel.

“Sebelum harga minyak naik, sudah berlaku kenaikan harga kira-kira 20 hingga 30 peratus dan selepas ini kita tidak menolak kemungkinan boleh naik lagi sehingga 50 peratus.

“Kebanyakan peniaga mendakwa terpaksa mengurangkan kuantiti barangan diambil daripada pengeluar atau pemborong kerana harga yang tinggi, selain permintaan di pasaran juga semakin rendah disebabkan pelanggan kurang membeli apabila harga naik.

“Peniaga bila kos tinggi dan tidak dapat untung terpaksa menaikkan harga jualan walaupun hanya dengan sedikit untung. Jadi yang terkesan sudah tentulah peniaga kecil, penjaja dan rakyat,” katanya.

Sumber