Selesai hari pertama restoran Rembayung menerima kunjungan pelanggan. Rata-rata pelanggan awal memberikan komen positif mengenai restoran tersebut.
Semasa pengumuman mengenai Rembayung pada akhir tahun lalu, ramai warganet menyangkakan restoran milik pempengaruh masakan, Khairul Aming mempunyai tanda harga ‘T20’.
Baca Juga:
- Sedap Ke Tidak? Ini Review Jujur Pelanggan Terawal Yang Dah Rasa Menu Di Rembayung

- Bersebelahan Rembayung, Ini Apa Anda Perlu Tahu ‘Parking Jalan Daud’

- Netizen Terharu Dan Bangga Lihat Khairul Aming Umum Restoran Pertamanya Bernilai RM4 Juta Di Kampung Baru

Namun selepas melihat review dan resit daripada pelanggan-pelanggan awal, ramai berubah fikiran dan mengakui harganya sangat berpatutan.
Berikut adalah senarai makanan, minuman dan harga ditawarkan di Rembayung yang dikongsikan TikTok @ashryzulkifli:
1. Cekodok Pisang – RM15.90
2. Cucur Udang – RM16.90
3. Otak-Otak – RM9.90
4. Karipap – RM11.90
5. Siput Sedut Masak Lemak Cili Api – RM42.90
6. Ayam Salai Masak Lemak Cili Api – RM29.90
7. Daging Salai Masak Lemak Cili Api – RM39.90
8. Gulai Utara Ikan Jenahak – RM39.90
9. Gulai Utara Ikan Temenung – RM29.90
10. Gulai Utara Ikan Masin – RM29.90
11. Ikan Bawal Sambal Tumis Petai – RM69.90
12. Sotong Sambal Tumis Petai – RM43.90
13. Udang Sambal Tumis Petai – RM39.90
14. Ayam Masak Kicap – RM29.90
15. Ikan Tenggiri Masak Kicap – RM39.90
16. Telur Mata Masak Kicap – RM15.90
17. Ikan Siakap Sambal Berlada – RM68.90
18. Ikan Keli Sambal Berlada – RM15.90
19. Ayam Kampung Sambal Berlada – RM17.90
20. Ikan Siakap Sambal Hijau Petai – RM68.90
21. Ikan Keli Sambal Hijau Petai – RM15.90
22. Ayam Kampung Sambal Hijau Petai – RM17.90
23. Kerabu Daging Salai – RM22.90
24. Sayur Masak Lemak Putih – RM18.90
25. Set Ikan Rebus Goreng Bersama Budu – RM22.90
26. Kupang Masak Sambal Hijau Petai – RM25.90
27. Tempoyak Daun Kayu – RM17.90
28. Terung Masak Sambal Hijau Petai – RM17.90
29. Ikan Keli Goreng – RM12.90
30. Ayam Kampung Goreng – RM18.90
31. Telur Dadar – RM9.90
32. Set Ulam Bersama Sambal Belacan – RM12.90
33. Ikan Pekasam Goreng – RM19.90
34. Sambal Tempoyak – RM4.90
35. Sambal Hijau Petai – RM4.90
36. Sambal Belacan – RM3.90
37. Ikan Masin Rangup – RM3.90
38. Telur Rebus Goyang – RM3.90
39. Set Ayam Kicap Si Kecil – RM15.90
40. Set Sup Ayam Si Kecil – RM15.90
41. Tapai Pulut Ais Krim – RM15.90
42. Pengat Nangka Bersama Pulut – RM15.90
43. Teh Ais – RM7.90
44. Teh Tarik Kampung – RM6.90
Sementara harga untuk 20 jenis minuman panas & sejuk bermula di antara RM4 hingga RM11.90 sahaja.
Warganet berpendapat untuk pengalaman makan Malay Cuisine di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur dengan harga sebegitu sangatlah berpatutan dan berbaloi.