Nampaknya jenama motor kapcai terkenal Hong Leong Yamaha Motor turut tidak ketinggalan mengemas kini harga terbaru barisan jentera mereka ini.
Walaupun dikenakan cukai SST sebanyak 10 peratus, ia tetap juga menunjukkan penurunan harga sekitar RM300 hingga RM2,000 bagi hampir keseluruhan model Yamaha jika dibandingkan harga semasa ketika pelaksanaan 6 peratus GST.
Namun begitu hanya dua model sahaja Yamaha MT-09 dan MT-09 Tracker mengalami kenaikan harga sehingga RM1,900.
Walaubagaimanapun harga ini tidak termasuk insurans, cukai jalan dan pendaftaran.