Pernahkah anda mahu membeli sesuatu barangan, tetapi anda diminta bayar ‘wang pendahuluan’ atau ‘deposit’ terlebih dahulu oleh pihak kedai supaya anda dapat ‘lock’ barangan tersebut? Antara alasan sering diberikan ialah stok barangan tersebut sukar untuk didapatkan.

Terbaru, satu tangkap layar aduan yang ditujukan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengenai manipulasi harga motosikal Y16ZR tular di media sosial.

vocket-harga-y16-manipulasi-1
Sumber Gambar: Yamaha Y16ZR VVA Community Malaysia

Berdasarkan tangkap layar tersebut, pengadu menyatakan sebuah Yamaha Y16ZR telah dinaikkan harga ‘tidak munasabah’ oleh segelintir kedai motosikal di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor dengan alasan ‘kekurangan stok’ walaupun harga asalnya lebih murah.

Tambah pengadu lagi, pihak kedai turut mengenakan ‘syarat menunggu’ yang lebih lama sekiranya pembeli mahu membeli secara tunai. Pengadu menyatakan perkara ini telah terjadi sejak model Yamaha Y15ZR lagi.

@penceritatv

Kedai motor nayakan pembeli #morethan60s #pencerita #y16 #adv150 #fyp

♬ original sound – Azrul Affandi Sobry – Azrul Affandi Sobry

Rata-rata netizen menyuarakan kekecewaan dengan masalah yang dihadapi. Angkara perbuatan tidak beretika tersebut telah menyebabkan mereka sukar untuk memiliki motosikal tersebut.

Ramai pelanggan tidak dilayan oleh kedai motosikal kerana mahu membeli secara tunai dan hanya mengutamakan pelanggan yang mahu membeli secara ‘hutang’.

https://twitter.com/wanizamw/status/1382102526946775041?s=20

Walaupun ‘menaikkan sedikit’ harga barangan bagi mendapatkan untung dibenarkan, tetapi perbuatan ‘memaksa’ pelanggan beli secara berhutang amatlah tidak beretika dan tidak bertanggung jawab.

Adakah anda pernah melalui perkara yang sama? Kongsikan pengalamanan dan pandangan anda mengenai situasi ini di ruangan komen.

Pada bulan Mac lalu, model Yamaha Y16ZR dilancarkan pada harga RM10,888 sahaja.

Yamaha Y16ZR Hadir Dengan Enjin 155cc, Dijual Pada Harga RM10,888

Sumber