Harga nasi lemak dan roti canai yang merupakan makanan kegemaran rakyat Malaysia telah meningkat sejak 13 tahun kebelakangan ini.
Menurut laporan NST, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) telah membuat kajian yang mana terdapat peningkatan dalam harga nasi lemak, roti canai dan juga sate.
Baca Juga:
- Baru Sahaja Pulang Dari Malaysia, Lelaki Ini Kecewa Tiada Roti Canai Di Poland
- Lelaki Ini Sanggup ‘Fly’ Dari Singapura Ke KL Hanya Untuk Nasi Lemak
- Nasi Lemak, Tapau Antara Perkataan Eksklusif Tidak Boleh Diterjemahkan Menurut Kamus Bahasa Inggeris Oxford
Harga Nasi Lemak, Roti Canai Meningkat

Analisis Indeks Harga Pengguna Tahunan (IHP) 2024, menunjukkan harga roti canai naik 71.1 peratus, daripada purata 90 sen sekeping pada 2011 kepada RM1.54 pada 2024, manakala nasi lemak meningkat 81.3 peratus daripada RM2.03 kepada RM3.68 sepinggan.
Sate ayam menyaksikan kenaikan harga dua kali ganda, melonjak 113.7 peratus daripada 51 sen sebatang kepada RM1.09.
Antara lain, laporan itu menunjukkan bawang besar yang diimport dari India juga menyaksikan peningkatan ketara sebanyak 139.4 peratus, dengan harga meningkat daripada RM2.89 kepada RM6.92 sekilogram dalam tempoh yang sama.

Bagi keperluan harian lain yang termasuk dalam analisis, santan segar meningkat daripada RM7.39 kepada RM11.54 sekilogram, dan kelapa parut meningkat daripada RM5.18 kepada RM8.33 sekilogram.
Sementara itu, harga daging lembu tempatan dalam kategori daging meningkat hampir dua kali ganda daripada RM19.05 kepada RM37.84 sekilogram antara 2011 dan 2024.
DOSM melaporkan bahawa inflasi Malaysia meningkat pada kadar yang lebih perlahan sebanyak 1.8 peratus pada 2024 berbanding 2.5 peratus pada 2023, dengan mata indeks berada pada 132.8 pada 2024 berbanding 130.4 pada tahun sebelumnya.