Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd, Tan Sri Tony Fernandes menyatakan tambang penerbangan AirAsia dijangka dapat dikurangkan sekiranya cadangan pengambilalihan AirAsia X Bhd (AAX) ke atas perniagaan penerbangan Capital A Bhd jika dimuktamadkan.

Memetik Berita Harian, inisiatif tambang lebih rendah yang dapat ditawarkan itu selaras dengan penjimatan kos operasi sehingga 15 peratus yang bakal diperoleh menerusi penggabungan AAX.

Baca Juga:

“Banyak manfaat yang bakal diperoleh apabila AAX digabungkan dengan kumpulan penerbangan Capital A. Yang jelas, ia memberi kekuatan kepada AirAsia itu sendiri. Armada pesawat bertambah di mana AAX turut memerlukan pesawat badan sempit AirAsia dan begitulah sebaliknya (pesawat badan lebar AAX).

“Saya menjangkakan pengambilalihan AAX ke atas perniagaan penerbangan kumpulan juga akan memberi nilai tambah kepada pelanggan kami. Ia akan mengurangkan tambang dan kos operasi juga lebih jimat. Saya mengharapkan perkembangan positif dalam mesyuarat agung luar biasa (EGM) AAX,” katanya pada sidang media pasca EGM Capital A, semalam.

Memetik laporan itu lagi, AAX akan mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) hari ini untuk pemegang saham mengundi cadangan pengambilalihan keseluruhan kepentingan ekuiti Capital A Bhd dalam perniagaan penerbangan AirAsia Aviation Group Limited dan AirAsia Bhd.

Difahamkan pengambilalihan itu dapat embawa operasi jarak pendek dan sederhana di bawah satu kumpulan penerbangan.

Sekaligus dapat mewujudkan rangkaian perjalanan udara tambang rendah yang lebih padu, cekap dan meluas.

Sumber