Okay baik memandangkan ramai yang nak tahu macam mana secara teori dan praktikal untuk menjadikan tiket yang berharga RM2833 kepada hampir RM500. Sebenarnya boleh ja tekan lagi pergi jadikan RM0. Haaa balik free yo!

SYARAT PERTAMA – Benda nak murah kena ah berkorban sikit dari segi masa dan tenaga, memang kalau nak ikut apa exactly yang kita nak harga akan jadi mahal.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

SYARAT KEDUA – Anda suka terbang! Tak kisah untuk terbang beribu batu hanya untuk stay 2-3 hari. Yang penting dapat terbang dan kumpul point loyalty program.

LANGKAH 1

Pertama pilih range tarikh untuk kita terbang.

Ingat MASA juga adalah KOMODITI yang boleh diniagakan. Kalau anda perasan tiket tersebut adalah 2-3 hari sebelum puasa dan 1 minggu selepas puasa.

Alang-alang nak balik kenapa TAK BALIK TIME RAYA?

Sebab kalau balik time raya dah tak ada nilai untuk diniagakan. Time tu dah berduyung dan mungkin lebih separuh daripada pelajar yang dekat Mesir terbang pulang untuk beraya.

Dan sebab kedua, time puasa confirm bebudak ni mengidam nak kirim macam-macam dari Malaysia. Baju raya, kuih raya, duit raya dan sebagainya.

So apa pentingnya? Teruskan membaca, insya Allah jumpa jawapan.

LANGKAH 2

Tiada langkah langkah yang ‘fancy’ untuk mendapatkan tiket yang berharga sebegitu murah, tetapi cuma dengan menggunapakai segala komoditi yang ada kita boleh mengurangkan sedikit demi sedikit harga tiket tersebut.

Sekarang kita proceed untuk usha tiket. Ada beberapa cara untuk beli tiket iaitu melalui:

1. Website rasmi penerbangan itu sendiri
2. Travel agent
3. Website atau app seperti Skyscanner, Kayak, Google

Perlu diketahui setiap ejen atau website mempunyai offer mereka sendiri, ada yang menawarkan harga murah @ harga student dan ada juga yang menawarkan boleh upsize muatan kargo, sebagai contoh daripada 30KG jadi 40/45/46KG.

Untuk tiket kali ini, setelah membuat perbandingan harga travel agent saya pilih agent yang menawarkan harga termurah iaitu sekitar 3800LE untuk perjalanan CAI-KUL-CAI, yang lain rata rata 4000LE dan ke atas.

LANGKAH 3

Selain masa, KARGO juga adalah komoditi yang boleh diniagakan. Untuk trip kali ini, muatan bagasi yang dibenarkan adalah sebanyak 45KG untuk setiap hala.

Sekarang masanya untuk kita berkorban sedikit, iya lah tadi kan cakap nak tiket murah, kena lah berkorban sikit, lagipun kalau tidak digunapakai membazir namanya.

Sekarang kita jual 20kg daripada 45kg bagasi yang disediakan.

Macam mana nak menjual bagasi tersebut?

fb 1

Untuk itu saya telah menjalankan satu survey yang mana saya nyatakan akan pulang sekian sekian tarikh dan berhasrat untuk menjual kilo setelah target jualan mencukupi 20kg untuk setiap hala.

Tak sampai 1 hari survey dijalankan 80% kargo telah habis ditempah. Untuk makluman harga jualan per KG adalah sebanyak RM20 dan sebanyak 40KG yang disediakan (20kg CAI-KUL dan 20KG KUL-CAI) bernilai sebanyak RM1200 @ 2646LE

PECAHAN HARGA TIKET

1. Harga asal tiket 6245LE
2. Harga promosi – 3800LE
3. Keuntungan jualan kargo (CAI-KUL) + 1300LE
4. Keuntungan jualan kargo (KUL-CAI) + 1300LE

Jadi status semasa harga tiket telahpun menjadi sebanyak 1200LE @ RM544 untuk perjalanan pergi dan balik CAI-KUL-CAI. Dah cukup murah? Kalau belum cukup murah bagi anda, meh kita jadikan trip ini FREE!

Dengan bagasi berbaki 25KG buka pre-order untuk jualan tudung, stokin, ubat ku*t, dan apa-apa saja yang anda boleh fikir.

Untuk kali ini, alhamdulillah setelah membuka pre-order, 300 pasang stoking (rujuk gambar) dan beberapa barangan lain telahpun berjaya dijual.

Sekarang kos yang dikeluarkan untuk trip kali ini 0LE yakni FREE. Itulah harga yang dibayar untuk perjalanan 2 hala bersama syarikat penerbangan ranking nombor 1 dunia dan berpuasa bersama keluarga.

Mungkin cara ini tidak sesuai untuk semua orang tetapi bagi yang sanggup berkorban dan fleksible mungkin anda boleh mencuba cara ini untuk penerbangan seterusnya.

Nota: Hati-hati jika tumpangkan barang di dalam kargo anda. Dikhuatiri ada barangan terlarang seperti dadah dan sebagainya.