Taman tema Asia Tenggara, Genting SkyWorlds secara rasmi telah dibuka pada 7 Februari 2022 dan ramai orang terutama pengunjung tempatan dan luar negara telah berkunjung ke sini.
Terbaharu, harga tiket masuk ke Genting SkyWorlds dikhabarkan telah meningkat menerusi sebuah kenyataan Genting Malaysia Bhd bermula 1 November 2022.
Baca Juga:
- Anda Selalu Boros? Ini Tip Berbelanja Khas Untuk Kaki Shopping
- Berani ‘Pecah Tembok’ Industri Boba Di Malaysia, Ini Nasihat Pengasas Tealive Buat Anak Muda
- Bagaimana Tindakan Pantas Usahawan Ini Berjaya Elak Jenamanya Daripada Bankrap
Menerusi laporan, pihak Genting Malaysia mengatakan bahawa harga tiket untuk seorang sebelum ini adalah RM151 jika dibeli atas talian atau on-site. Akan tetapi, dengan kenaikan harga tiket masuk, tiket yang dibeli secara atas talian masih akan dijual dengan harga RM151, manakala on-site pula berharga RM170.
Hal ini bertujuan untuk memberikan pengalaman yang lebih baik sebelum mereka datang ke taman tema ini dimana tidak perlu beratur membeli tiket. Anda dinasihatkan untuk membeli tiket sehari lebih awal daripada tarikh yang anda mahu berkunjung ke taman tema tersebut.