Impian untuk melangkah kaki ke bumi Italy akhirnya menjadi kenyataan buat seorang suami selepas penantian penuh harapan membuahkan hasil manis.

Kisah menarik yang dikongsikan oleh pemilik akaun Threads afiqahz88 ini bermula dengan perasaan hampa apabila status penghantaran pesanan produk Khairul Aming bertukar menjadi kurier.

Sebelum ini, pempengaruh dan usahawan popular berkenaan pernah maklum bahawa pesanan bagi pemenang peraduan bertuah ke Italy akan dihantar lewat sedikit berbanding barang biasa.

Melihat status barangan yang sudah mula diproses oleh pihak kurier, si suami menganggap peluang mereka untuk menang sudah tertutup.

Tambahan pula, suaminya saban hari sering bergurau tentang persiapan ke Itali, bermula daripada mengemas beg, memilih pakaian yang sesuai, sehinggalah bertanya siapa yang bakal menghantar mereka ke lapangan terbang nanti.

Kegembiraan Terjawab Dan Rezeki Tidak Disangka

'Hari-Hari Berangan Kemas Beg' – Rezeki Beli Sambal Khairul Aming Bawa Pasangan Ini Ke Itali
Sumber Gambar: Threadds

Namun, takdir menentukan perkara sebaliknya apabila kejutan sebenar akhirnya terungkap. Duka yang dirasakan semalam bertukar menjadi sorakan gembira apabila pasangan berkenaan disahkan sebagai pemenang ke-7 bagi pakej percutian tajaan ke Italy.

Rasa teruja si suami terserlah apabila beliau meraikan kejayaan tersebut dengan santai sambil menikmati hidangan nasi bersama Sambal Bilis Nyet sehingga licin separuh botol.

Momen indah ini turut menarik perhatian Khairul Aming sendiri. Menerusi hantaran di platform Threads, usahawan itu meluahkan rasa terharu apabila membaca kisah pasangan berkenaan dan menyampaikan ucapan tahniah atas rezeki yang tidak disangka-sangka itu.

Detik Indah Yang Bakal Jadi Kenangan

Pengalaman unik ini bukan sahaja memberi kegembiraan berharga buat afiqahz88 dan suaminya, nasruddinsidek, malah turut menyentuh hati ramai pengguna media sosial yang mengikuti perkembangan peraduan tersebut.

Gurauan harian tentang kemas beg dan perjalanan ke lapangan terbang kini bukan lagi sekadar usikan mesra rumah tangga, tetapi sebuah kenyataan yang bakal mereka nikmati tidak lama lagi.