Kecoh baru-baru ini apabila tular mengenai penjualan Sambal Nyet Khairi yang dilihat meniru Sambal Nyet yang dihasilkan Khairul Aming.

Tindakan yang dilakukan telah menyaksikan Sambal Nyet Khairi meraih hampir 3,000 penjualan dalam tempoh yang singkat di TikTok.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Terbaharu, Khairul Aming menerusi perkongsian di Instagram memaklumkan pihak mereka telah mengenal pasti individu yang menjual Sambal Nyet ciplak berkenaan serta telah menghantar letter of demand for Infringement of Intellectual Property Rights and Passing Off.

Sebanyak lapan tuntutan yang telah disenaraikan pihak Khairul Aming dan sekiranya pihak mereka gagal penuhi kesemua tuntutan tersebut maka mereka akan membawa kes ini ke peringkat seterusnya.

Untuk pengetahuan, Sambal Nyet telah didaftarkan trademark di MyIPO dan telah diluluskan pada tarikh 2 Nov 2021.

Sementara itu, di ruangan komen rata-rata netizen menyokong tindakan Khairul Aming. Selain itu, para netizen turut kagum dengan cara Khairul Aming yang tenang memberi penjelasan mengenai kes yang berlaku.

Khairul Aming turut memaklumkan beliau sememangnya memberi sokongan kepada peniaga kecil namun haruslah berniaga secara beretika dan berhemah sekaligus mengelakkan berlaku peraniyaan kepada individu lain.

Sumber