Pelakon lelaki, Hariz Hamdan mendedahkan bahawa lelaki sepertinya tidak terlepas daripada diganggu secara seksual di tempat kerja.

Biasanya orang akan mengaitkan gangguan seksual di tempat kerja dengan wanita. Namun untuk Hariz Hamdan, dia sendiri pernah mengalaminya dan diajak melakukan perkara tidak senonoh di set penggambaran.

Baca Juga:

Lebih mengejutkan Hariz Hamdan pernah diganggu secara seksual, bukan sahaja daripada perempuan, namun daripada kaum sejenis dengannya iaitu lelaki.

Bercakap kepada Mstar Online, pelakon berusia 21 tahun itu menambah, dia akan cuba sedaya upaya untuk mengelakkan diri daripada bekerjasama dengan individu seperti itu lagi.

Hariz berkata: “Apabila sudah terkena gangguan seksual seperti itu, saya akan cuba elakkan diri daripada rapat dengan orang itu agar masalah itu tidak berlarutan,” kata beliau kepada portal hiburan tersebut.

Hariz Hamdan tidak mahu berkongsi lebih lanjut isu tersebut terutama sekali di media sosial kerana enggan perkara itu akan menjadi bualan ramai.

Oleh sebab itu dia berdiam diri tentang perkara tersebut. Kerana  menurutnya cara terbaik adalah mengelakkan diri daripada bertemu dengan manusia seperti itu.

Fokusnya ketika di tempat kerja adalah pada kariernya sebagai pelakon dan tidak lebih daripada itu. Dia juga malas untuk mencampuri urusan peribadi orang lain.

Selain daripada berlakon, Hariz Hamdan juga sibuk dengan promosi beberapa jenama yang melantiknya sebagai duta produk.