Malaysia merupakan salah satu negara Asia yang menjadi tumpuan warga asing datang berpindah sama ada untuk bekerja atau memulakan kehidupan yang baharu.

Seorang lelaki misteri tampil di Instagram @anti.prophet memuji Malaysia sebagai sebuah negara yang terbaik untuk tinggal memulakan hidup baharu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menurutnya antara sebab beliau berkata begitu kerana kebanyakkan hartanah yang ada di Malaysia adalah murah berbanding di Amerika Syarikat.

“Semasa saya mencari harga hartanah, anda boleh menyewa sebuah rumah kediaman bertingkat tinggi dua bilik yang cantik di tengah-tengah ibu kota dengan kadar USD600 (RM2,790) sahaja.

“Bayangkan anda mahu buat perkara sama di ibu kota negara Amerika yang lain, anda tidak akan dapat menemuinya,” terang lelaki memakai topeng tersebut.

Beliau menerangkan kepada penonton bahawa Kuala Lumpur adalah sebuah ibu kota yang sedang membangun dengan mempunyai pusat beli belah, makanan dan budaya yang hebat.

Pada masa sama beliau juga menjelaskan bahawa Malaysia satu tempat yang sangat selamat berbanding beberapa lokasi di Amerika Latin.

“Mana tempat yang anda boleh cari dengan kos yang sama, anda boleh keluar rumah membawa dompet tanpa risau dicuri?

“Jika belum, lihatlah sendiri Kuala Lumpur di Malaysia,” ujar lelaki misteri tersebut.

Dalam pada itu, beliau juga ada memuji Malaysia mempunyai hospital bertaraf dunia yang menyediakan fasiliti kesihatan yang lengkap buat para pesakit.

“Anda boleh dapatkan bacaan tekanan darah, kadar nadi, kadar pernafasan, suhu, ujian pendengaran, ujian penglihatan, analisis lemak badan, ujian darah, kanser, hepatitis, ujian kardiologi berserta ECG dan ultrasound pada kadar USD301 (RM1,399).

“Di Amerika Syarikat, sekiranya saya ingin ambil ujian kardiologi penuh berserta ECG, saya perlu bayar minima USD2,000 (RM9,298) untuk mendapatkan satu prosedur itu sahaja.

“Jika anda mahu mendapatkan rawatan perubatan yang terbaik, pergilah ke negara lain yang menawarkan fasiliti kesihatan yang sangat murah,” katanya lagi.