Hasan Kale seorang artis Turki menunjukkan hasil seninya yang terbaru iaitu seni popcorn di mana dia melukis 7 gambar miniatur pada popcorn, inspirasi daripada filem kegemarannya.
Seni popcorn yang diberi nama ‘Artasnack’ ini berinspirasikan filem moden dan klasik. Hasan Kale melukis babak babak filem klasik dan moden pada popcorn dengan begitu terperinci. Antara babak babak filem yang terlibat ialah Rocky, Ghosbusters, Spiderman 2, The Godfather dan X-Men Apocalypse.
Setiap gambar mikro ini mengambil masa 24 jam untuk disiapkan menggunakan berus paling halus. Sama ada anda seorang peminat seni atau peminat filem, hasil seni Hasan Kale ini perlu diakui sebagai masterpiece.
Rocky

Bridge On The River Kwai

Ghostbusters

Hidden Figures

Spiderman 2

The Godfather

X-Men: Apocalypse

Gambar berkumpulan Artasnack

Gambar galeri Artasnack

Hasan Kale menghasilkan Artasnack di studionya di Istanbul
