Lagu Hasrat nyanyian Amir Jahari muncul juara Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-38 yang disiarkan secara langsung di TV3 sebentar tadi.

Lagu Hasrat itu melayakkannya membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 dan trofi. Naib juara pula milik Aishah Retno dengan lagu Sutera dan tempat ketiga disandang Aina Abdul dengan lagu Jangan Mati Rasa Itu, masing-masing membawa pulang hadiah RM50,000 dan RM30,000 berserta trofi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tirai persembahan AJL 38 dibuka dengan persembahan bertenaga daripada Shila Amzah dan Vanessa Reynauld.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang! Adakah tekaan anda tepat untuk keputusan AJL 38 malam ini?

Juara: Amir Jahari – Hasrat

Naib Juara: Aishah Retno – Sutera

Tempat Ketiga: Aina Abdul – Jangan Mati Rasa Itu

Vokal Terbaik: Aina Abdul

Persembahan Terbaik: Aishah Retno

Penyanyi Pilihan Alha Alfa: Aina Abdul