Sudah acap kali kita mendengar helah scammer yang mahu menipu mangsa di luar sana. Kini Kementerian Komunikasi dan Digital telah mengesan teknik baru scammer yang membuat panggilan kepada orang ramai dengan menyatakan nombor telefon yang dimiliki mereka telah disenarai hitam.

Difahamkan siri panggilan penipuan terbaharu ini mendakwa nombor telefon pemilik disenarai hitam atas perbuatan jenayah dan pemilik dikehendaki perlu menghubungi pihak polis untuk tindakan lanjut.

Baca Juga:

Sumber Gambar: Community Tax

Sehubungan itu, KKD menafikan pihak mereka ada membuat sebarang panggilan telefon kepada mana-mana pihak dengan membuat dakwaan tersebut. KKD menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada apabila menerima panggilan dengan modus operandi yang menggunakan nama KKD.

Jika anda menerima panggilan sebegini, sebaiknya hentikan sahaja panggilan tersebut. Selain itu, anda juga boleh menghubungi pihak berkuasa atau membuat semakan di dalam talian menerusi portal PDRM untuk mengenal pasti sama ada panggilan tersebut adalah sahih atau sebaliknya.

Sumber